CHAPTER 20

575 21 0
                                    

VOTE PLEASE ✓

"Darren menolak daun pintu. Matanya tertacap pada seseorang yang sedang tidur di atas katil. Darren geleng kepala. Dengan baju tak tukar, tidur terlentang. Isteri siapalah ni.

"Cinta, bangun. Tukar baju dulu baru boleh tidur. Bangun, bangun" Darren menggerakkan tubuh Aurora perlahan. Sesekali Aurora merengek apabila tidurnya diganggu.

"bangun, sayang. Jom, tukar baju dulu" lembut suara Darren berkata. Terus berubah lembut ye kau, Darren.

"Rora taknak lah ibu. Rora tak larat. Ibu tolonglah tukarkan untuk Rora. Rora penat ni" Aurora berkata dengan nada yang malas. Mamai barangkali tetapi Darren tersengih.

Ini kalau dia tahu siapa yang tukar baju dia, agak-agak apa reaction dia besok?

Sudah penat Darren mengejutkan Aurora tetapi tidak bangun juga akhirnya Darren sahaja lah yang menukarkan baju Aurora.

Setelah selesai tukar baju, dia menghempaskan tubuhnya di sebelah Aurora. Terasa lenguh bahunya. Apabila melihat wajah comot Aurora membuatkan Darren mula teringat sesuatu.

"kau buat isteri aku nangis. Tunggu kau besok" kata Darren sendirian. Dia perlu buat perhitungan dengan Aryann.

Mata Darren pun makin lama makin memberat. Akhirnya dia tertidur juga sambil memeluk badan isterinya.

Keesokan harinya....

"kenapa pula Ayan yang kene basuh pinggan tu" soal Aryann tak puas hati.

"sape suruh Ayan kacau adik semalam. Ingat ibu tak tahu?" jeling Puan Sri Sofia. Kesian menantunya.

"mana ada. Ayan just kutip pinggan mangkuk yang kotor dekat depan tu je" Aryann membela dirinya.

"abang tipu, ibu. Dia buli adik dengan Darren semalam" celah Aurora yang baru sahaja turun dari biliknya bersama Darren.

"tipu. Ibu, percayalah cakap Ayan. Ayan tak buli adik" geleng Aryann menidakkan kenyataan adiknya tadi.

"dah, ibu tak nak dengar lagi. Apa ibu tahu, pinggan ni Ayan yang basuh. Seronok sangat kenakan orang semalam kan" tegas Puan Sri Sofia lalu naik ke biliknya.

Aryann memandang ke arah adiknya dengan jelingan maut. Aurora pula menyorok di belakang suaminya. Aryann buat muka menyampah.

"jom lah abang. Ayla tolong abang basuh pinggan tu" ajak Delaila lalu menarik tangan suaminya. Makin lama dibiar nanti tak jadi kerja mereka.

"jom makan" ajak Aurora sambil menarik tangan Darren agar mengikutinya. "awak nak nasi goreng ke mee goreng?" soal Aurora semasa mereka duduk di meja makan.

"nasi goreng" Aurora mengambil nasi goreng lalu diletakkan pada pinggan Darren. Tidak lupa juga dengan air teh. Tercekik pulak Darren ni kalau tak bagi air.

"semalam awak basuh pinggan sampai pukul berape?" soal Aurora apabila teringatkan perkara itu. Semalam pun dia hanya basuh sekejap sahaja kerana penat.

"sampai pukul 9 lebih je then ibu suruh stop" jawab Darren sambil menyuap nasi ke dalam mulutnya.

"sorry sebab saya naik awal semalam. Saya penat sangat" Aurora memandang suaminya.

"it's okay, abang faham" senyum Darren bagi menghilangkan kegusaran isterinya.

"eh bangun dah pengantin baru" soal Tan Sri Arqann yang baru sahaja turun.

"good morning, abah" Ujar Aurora ceria.

"good morning. Mana yang lain? Tadi rasanya Ayan dengan Ayla dah turun" soal Tan Sri Arqann hairan. Bayang sorang pun dia tak nampak.

"ade dekat belakang. Abang dengan akak tengah basuh pinggan" jawab Aurora. Padan muka abangnya itu. Usik dia lagi.

CARL DARREN : HIS AURORA Where stories live. Discover now