CHAPTER 10

596 30 0
                                    

VOTE PLEASE ✓

"kenapa ni baby" tanya Nek Kemboja dengan nada cemas. Mana tak terkejutnya dia. Baru nak tuang cili dalam kuali tiba-tiba ada orang menjerit. Dia baru berhajat nak menjerit sebab cili tetapi ternyata Aurora lagi laju.

"kaki Rora sakit nenek" adu Aurora. Berdenyut-denyut je dia rasa dari tadi. Itulah kau Rora, buat handal sangat kan dah mendapat.

"boleh bangun tak ni?"soal Nek Kemboja.

"boleh kut" Aurora cuba berdiri. Baru beberapa saat dia berdiri Aurora jatuh semula.

"sekejap nenek panggilan boboy" Nek Kemboja menjerit memanggil nama Darren.

"kenapa nek?" soal Darren hairan. Kenapa neneknya ini terjerit-jerit memanggil namanya tadi.

"tolong baby. Kaki dia terseliuh tu" Nek Kemboja menarik tangan Darren.
Terpinga-pinga Darren dibuatnya.

Sampai sahaja di dapur, Darren melihat Aurora sedang duduk di lantai seperti menahan kesakitan.

"kenapa ni Aurora?" tanya Darren menghampiri Aurora.

"saya terjatuh tadi masa nak ambil dulang tu tadi" jelas Aurora sambil mengurut kakinya.

Tanpa membalas kata-kata  Aurora, dia segera mengangkat gadis kecil itu lalu membawanya ke ruang tamu.

Aurora hanya membiarkan Darren mengangkatnya kerana mummy tiada di rumah ketika itu. Jadi terpaksalah Darren mengangkatnya. Takkan dia nak suruh nenek. Mahunya patah pinggang orang tua itu nanti.

"duduk sini diam-diam" Aurora mengangguk faham. Nak angkat kaki pun dah susah inikan pula nak bergerak.

Tidak lama kemudian, Darren datang sambil membawa first aid kit.

"awak nak buat apa dengan benda tu?" soal Aurora.

"nak main doktor-doktor" jawab Darren selamba. Aurora sudah kerut dahi. Darren tersenyum lalu menjentik dahi Aurora. Masam muka Aurora apabila diperlakukan begitu.

"sakitlah awak ni. Bagi tahu nenek baru tahu" cebik Aurora. Dahla sakit kaki tak hilang lagi lepastu datang pula sakit dahi. Lepas ni sakit apa pulak?

"aku nak rawat kau punya kaki lah. Kalau tak rawat nanti makin besar macam kaki gajah kau nak?" Aurora geleng laju. " so diam. Aku nak urut kaki kau ni"

Aurora mengaduh kesakitan apabila Darren memicit tempat bengkak di kakinya. Tapi boleh tahan juga cara urutan Darren ni. Hilang sikit rasa sakitnya.

"awak dah lah tu. Kaki saya tak sakit mana dah" Darren angkat kening lalu menekan kuat kakinya.

"Arhh sakit. Janganlah main tekan-tekan. Sakit tahu tak" marah Aurora.

"aku tekan ni ibarat kau berjalan nanti. Kalau aku tekan ni pun kau dah sakit apatah lagi kau berjalan nanti. Longgar terus otot kaki kau tu karang" Darren menyambung urutannya. Aurora hanya diam. Betul jugak apa yang Darren katakan tadi.

"Macam mana boleh jatuh ni Aurora" Datin Orkid geleng kepala.

Aurora menelan air liur. Terasa kesat pulak. "Rora jatuh tadi masa nak ambik dulang atas almari".

"WHATT. Rora tak pakai kerusi ke? Nasib tak serius sangat. Lain kali guna kerusi. Jangan panjat macam tu je. Rora tu perempuan" Aurora hanya mendengar segala yang dibebelkan oleh Datin Orkid. Tak boleh nak mencelah sikit pun.

Sesekali dia mengerling ke arah Darren yang sedang duduk makan kuaci di ruang tamu. Boleh dia gigit kuaci depan aku. Tak membantu langsung abangnya ni. Sempat pulak tu dia mengejeknya kerana terpaksa mendengar bebelan Datin Orkid.

CARL DARREN : HIS AURORA Onde histórias criam vida. Descubra agora