CHAPTER 19

538 22 7
                                    

VOTE PLEASE ✓

"Aku takut lah, Dell" adu Aurora.

"relax lah. Normal lah tu kalau nervous waktu nak kahwin. Istighfar banyak-banyak" Ujar Delisha menenangkan Aurora. Dah nak kahwin dah member dia ni. Tinggal dia sahajalah yang single.

Aurora menarik nafasnya sedalam-dalamnya kemudian dihembus perlahan. Berdebar-debar je dia rasa dari semalam. Nak tidur pun tak boleh.

"kalau ada Mawar kan best" Ujar Aurora tiba-tiba. Di manalah kawan mereka berada sekarang.

"aku rindu dia" tutur Delisha sebak. Aurora turut bersedih. Mawar tiada semasa hari bahagia dia. Dia mahu Mawar berada di samping dia sekarang ini. Mereka berdua amat rindu akan Mawar.

"aku nak jumpa dia. Mana lah dia sekarang ni kan" tanya Aurora menahan sebak. Dia tak boleh menangis. Hancur make up dia nanti.

"aku ade dalam bilik kau lah sekarang ni" suara itu. Suara yang mereka berdua sudah lama tidak dengar!

"MAWAR" jerit mereka berdua serentak. Mereka berlari ke arah Mawar lalu memeluknya erat.

"kitaorang rindu kau" tutur Aurora dengan nada tertahan.

"kau pergi mana? Kau tahu tak kitaorang rindu kau" giliran Delisha pula berkata. Mawar tersenyum mendengarnya.

"aku pun rindu korang sebab tu aku datang ni" jawab Mawar sambil mengusap-usap belakang sahabatnya.

"Rora, pengantin lelaki dah sampai tu. Jom turun" Ujar Puan Sri Sofia di muka pintu.

Aurora turun ke bawah sambil dipimpin oleh ibunya. Semua mata tertumpu kepada pengantin perempuan. Tak payah dipuji memang semestinya lah pengantin perempuan cantik pada hari ini. Hari berbahagia kut.

"pengantin perempuan dah turun. Jadi saya mulakan dulu ye" ujar Tok kadi. Aurora menjeling ke arah Darren. Hemsem lah pulak bakal suaminya ini. Tak pernah tengok Darren memakai baju melayu.

"Carl Darren Hayz bin Danish Hayz"

"ye saya"

"aku nikahkan dikau dengan anak perempuan aku Cinta Aurora Birch binti Arqann Birch dengan mas kahwinnya rm1200 tunai"

"aku terima nikahnya Cinta Aurora Birch binti Arqann Birch dengan mas kahwinnya rm1200 tunai"

"sah?"

"sah"

"sah?"

"sah"

"alhamdulillah" kedengaran suara orang ramai mengucapkan syukur.

Aurora berasa sebak tiba-tiba. Dia sudah menjadi isteri orang. Isteri kepada lelaki bernama Darren. Entah kenapa dia seperti mahu menangis.

"alhamdulillah, anak ibu dah jadi isteri orang" Puan Sri Sofia memeluk tubuh anaknya. "dah, jangan lah menangis. Rora sepatutnya happy tau harini"

"Rora rasa sebak tiba-tiba, ibu" tutur Aurora sambil mengesat air matanya perlahan. Hilang pulak mascara dia nanti kalau tonyoh kuat-kuat.

"dah be happy. Ibu pergi dulu ye. Darren dah siap solat tu" Puan Sri Sofia memberikan senyuman yang manis kepada Aurora.

Aurora pula seperti tidak keruan apabila melihat Darren melangkah ke arahnya. Dia nak kena buat apa ni? Terus gelabah dia tiba-tiba.

"assalamualaikum isteri Carl Darren" ucap Darren perlahan di telinga Aurora. 'Ibu, nak pengsan' Jerit hati Aurora.

"err waalaikumussalam" jawab Aurora gelabah.

"izinkan abang sarung cincin ni ye" Darren meminta izin. Apabila melihat anggukan Aurora dia segera menyarungkan cincin ke jari manis Aurora.

CARL DARREN : HIS AURORA Where stories live. Discover now