CHAPTER 32

390 14 2
                                    

VOTE PLEASE ⭐

Mati terus senyuman Darren. Rusa betina celup tepung? Mana aku nak cari?

"wh...what?!" jatuh rahang Darren mendengar makanan yang diidamkan oleh Aurora itu tadi.

"kenapa? abang tak boleh nak dapatkan ke?" suara Aurora bertukar sebak. Tadi kata sanggup panjat pokok kelapa deminya.

"eh boleh...apa pulak tak boleh. Esok abang pergi berburu dekat hutan ye" senyuman palsu cuba dilontarkan kepada isterinya. Otaknya masih lagi ligat memikirkan bagaimana dia nak mendapatkan rusa betina.

Tak pernah dibuat orang rusa masak celup tepung. Nak yang betina aje pulak tu.

Mujurlah isteri...

"Yeayy sayang abang. Esok tau!"

Darren angguk dalam keterpaksaan. Kena ajak Mikael dengan Ean ni. Dia sorang aje memang tak jalan misi memburu rusa nanti.

"err jomlah pergi rumah mummy. Dah lambat ni" Darren ubah topik. Buat ke dia mintak makanan lain pulak nanti. Tak ke menangis tepi katil dia.

"CARI RUSA!!!" jerit Mikael dan Ean serentak.

Terkejut bukan main mereka apabila mendengar cerita Darren. Ajak pergi memburu rusa? Tak terima dek akal, sobatt...

"ye. Kau ingat aku main main ke?"

"bila nak perginya?" tanya Mikael.

"sekarang lah. Aku dah janji dengan Aurora nak bagi makan harini jugak" Kata Darren. Hutan mana ye mereka nak pergi nanti? Tak pasal kena masuk hutan.

"kau seriuslah. Apa ke pelik benar isteri kau punya mengidam ni?"

"mana lah aku tahu. Dah jangan cakap banyak. Jom" Darren bangun daripada tempat duduknya.

Mereka bertiga pun pergi ke hutan yang berdekatan. Malas nak memandu jauh kerana risau lambat balik.

"kau pandai ke memburu?" soal Ean tiba-tiba.

Pergi pergi jugak tapi kalau tak pandai apa guna pergi?

Darren geleng kepala. Mana lah dia pernah memburu haiwan seumur hidup tapi kalau memburu hati Aurora tu dia pernahlah.

"segala barang yang aku suruh kau ambik tadi kau bawak tak?" Darren pandang Mikael.

Mikael pula buat muka blur. Barang? Barang apa pulak?

"jangan cakap kau tak bawak"

"barang apa?" soal Mikael.

Darren dan Ean menghembuskan nafas mereka dengan berat. Ada kawan sengal ni memang lah.

"lepastu nak tangkap rusa pakai apa? Pakai tangan kau?" Darren menahan geram.

"lah aku ingat tak payah guna barang tu semua" jawab Mikael selamba.

Ean tepuk dahi. "habis tu kau nak guna tangan kau untuk lempang rusa tu sampai dia mati ke? Dah kalau takde barang-barang tu semua macam mana nak sembelih rusa tu jap lagi, cerdik"

"suruhlah Darren guna tangan dia. Tangan dia kan kuat. Mesti sekali lempang je terus mati rusa tu"

"macam mana lah Mawar boleh tahan dengan perangai sengal kau ni" geleng Ean.

"nak try dulu tak. Aku dah lama tak lempang orang ni" Darren gosok-gosok tangannya. Memang meminta si Mikael ni.

"eh janganlah cuba dekat aku. Aku bagi cadangan je" Mikael mula berdiri jauh dari Darren.

Buat ke Darren tu tampar betul muka dia, tak ke lari Mawar tu nanti.

"anak-anak ni gaduhkan apa?" tegur seorang pakcik sambil membawa senapang.

CARL DARREN : HIS AURORA Where stories live. Discover now