CHAPTER 23

470 18 0
                                    

VOTE PLEASE ⭐

Keesokan harinya.....

"abang, tengok tu. Ada ikan nemo lahh" jerit Aurora dengan nada teruja.

Mereka sekarang sedang berkayak. Berkayak di sampan yang jernih. Mereka dapat melihat dengan jelas segala hidupan di laut yang berada di bawah sampan.

"sayang duduklah diam-diam. Nanti kalau kita jatuh macam mana? Sayang dah lah tak pandai berenang"

"kalau kita jatuh, abang lah yang selamatkan Aurora. Abang kan penyelamat Aurora" Ujar Aurora. Tersenyum lebar Darren mendengarnya.

Suka benar dia melihat wajah Aurora yang gembira itu. Senyumannya, gelaknya, raut wajahnya menunjukkan dia benar-benar gembira.

........................................................................

Selepas sahaja pulang daripada aktiviti berkayak, Darren dan Aurora hanya duduk di dalam bilik. Petang nanti baru mereka keluar kerana mahu membeli sedikit buah tangan untuk dibawa pulang.

Jadi sekarang mereka hanya berehat di dalam bilik dengan bermain game ular dadu. Dari tadi Aurora asyik ditelan oleh ular. Setiap kali dia berjaya maju depan pasti dia ditelan. Ada lah dalam 3 kali dia terselamat.

Darren pula hanya sekali dua sahaja dia ditelan ular. Yang lain semua dia berjaya sehingga ke peringkat paling atas. Itu pun kerana Darren kerap naik tangga.

"tak nak lah dah main. Asyik kene telan dengan ular je dari tadi" Aurora memuncungkan mulutnya. Ular ni ada dendam ke dengan aku sampai aku kene telan dari tadi lagi. Bila nak menangnya kalau macam ni.

"nah, dadu. Abang bagi sayang baling sampai sayang naik atas" Darren meletakkan dadu di atas tapak tangan Aurora.

Aurora baling dadu dan dia dapat nombor genap iaitu empat. Dia bergerak empat langkah ke hadapan. Alhamdulillah, tidak dimakan ular. Aurora baling lagi dan dapat nombor ganjil pula iaitu tiga.

Menjerit kegembiraan Aurora apabila dia berjaya naik ke atas menggunakan tangga yang paling panjang. Akhirnya dia berjaya menyaingi suaminya.

"nah abang jalan pulak"

Darren melemparkan dadu. Dia bergerak maju ke depan sebanyak enam langkah dan dengan enam langkah itulah menjadikan Darren memenangi game ular itu. Apabila melihat muka sedih isterinya tadi dia tidak jadi nak meneruskan langkahnya. Dia hanya bergerak sebanyak lima langkah dan berhenti pada nombor 99.

"abang, lagi satu je abang nak menang. Kenapa tak enam tadi, sikit je lagi tu"

"haah kan. Mana aci. Abang nak baling lagi sekali lah" Darren berura-ura mahu mengambil semula dadu tapi dihalang oleh Aurora.

"mana boleh. Sekarang turn Aurora. Abang kene tunggu dulu. Padan muka, abang kalah. Haraplah dapat enam. Lagi enam je nak menang ni" Aurora menggoncangkan dadu di dalam genggamannya sambil berdoa

"enam, enam tolonglah enam" pinta Aurora sambil melemparkan dadu.
"YEAYY DAPAT ENAM" jerit Aurora gembira.

"abang kalah, abang kalah" ejek Aurora. Darren buat-buat sedih. Biarlah dia kena ejek sekalipun asalkan isterinya gembira.

"nasib je tu kalau tak abang yang menang" cebik Darren.

"mana ada, abang yang tak pandai main"

Darren cebik lagi. "kalau abang tak bagi peluang kat sayang tadi mesti abang dah menang. Yela, orang tu kan dari tadi duduk bawah jadi abang pun tolonglah. Last cakap thanks pun tak"

"hehe, terima kasih abang" Aurora memeluk Darren.

"abang, jom pergi beli buah tangan yang nak bawak balik nanti" Kata Aurora.

CARL DARREN : HIS AURORA Where stories live. Discover now