CHAPTER 26

451 17 3
                                    

VOTE PLEASE ⭐

"abang nak pergi mana?" Aurora menarik tangan Darren daripada keluar bilik.

"abang nak pergi basuh tangan sekejap. Tangan abang melekit ni" jawab Darren. Mereka baharu sahaja selesai makan buah kesukaan Aurora iaitu Strawberi jadi sebab itulah tangannya sedikit melekit.

"jangan lama-lama. Aurora takut" Aurora menundukkan wajahnya.

"iye sayang" Darren senyum sambil mencuit hidung Aurora.

Darren keluar menuju ke dapur. Dia harus cepat-cepat kerana risau akan keadaan isterinya. Selepas sahaja daripada peristiwa itu terus Aurora tidak mahu berjauhan dengannya.

Kalau dia jumpa dengan si Khaira itu mahunya disagat-sagat muka dekat jalan tar. Disebabkan dialah isterinya jadi begini.

Ikutkan hatinya mahu sahaja dia berjumpa dengan Khaira tetapi Aurora tidak mahu berjauhan dengannya jadi dia hanya mewakilkan neneknya sahaja.

Tunggulah nanti, Khaira pasti tidak akan terlepas lagi. Apa yang dia yakin dengan menjadikan Nek Kemboja sebagai wakil adalah pilihan yang bijak.

Silap hari bulan boleh hilang rambut Khaira tu nanti.

Darren cepat-cepat basuh tangan apabila dia teringat yang dia dah lama meninggalkan isterinya seorang diri di bilik. Menangis lagi lah nanti isterinya itu.

"sayang" panggil Darren lembut lalu duduk di birai katil.

"kenapa abang lambat. Aurora ingat abang tinggal Aurora tadi" kata Aurora dengan nada sayu.

"tak, abang takkan tinggalkan sayang. Dah jangan fikir dah. Petang nanti kita balik KL, okay" Aurora senyum gembira.

"NAKK" jerit Aurora gembira. Rindunya dia dengan ibu abahnya.

"baru pukul 2 ni. Sayang tidurlah dulu. Abang nak kemas baju kita" ujar Darren kemudian menepuk bahu Aurora dan mengalunkan zikir sehingga isterinya tertidur.

Darren memasukkan beg pakaian mereka ke dalam kereta. Aurora sekarang berada di ruang tamu bersama Nek Kemboja dan Datin Orkid.

"Rora macam mana. Ada rasa lega tak harini?" soal Datin Orkid. Dia mahu memegang tangan Aurora tetapi Aurora menggenggam erat dari tadi lagi.

Tidak mengapa, dia faham kenapa Aurora jadi begitu. Aurora yang sekarang lebih memilih untuk mendiamkan diri. Tanya sepatah jawab sepatah. Nek Kemboja yang melihatnya turut berasa simpati.

Sakit hati Nek Kemboja kerana perangai cucunya yang telah membuatkan Aurora jadi trauma.

"mummy, nek" panggil Darren. "kitaorang balik dulu ye" Darren bersalaman dengan Nek Kemboja dan mummynya. Aurora pula takut-takut untuk bersalaman dengan mereka.

"it's okay, sayang. Ini kan mummy dengan nenek" Darren menarik tangan Aurora agar bersalam dengan Nek Kemboja.

"baby, kenapa takut? Inikan nenek" Nek Kemboja berkata.

Akhirnya, Aurora menghulurkan tangannya untuk bersalaman. Walaupun nampak yang Aurora masih lagi takut.

"Aurora tak nak peluk mummy ke?" Datin Orkid mendepakan tangannya.

Aurora memandang ke arah Darren. Darren tersenyum lalu mengangguk perlahan. Aurora terus memeluk tubuh Datin Orkid.

"Aurora kena kuat tau. Mummy dan nenek sentiasa ada dengan Aurora. Darren pun sama jadi Aurora kene kuat ye" bisik Datin Orkid di telinga Aurora. Aurora mengangguk perlahan dengan kata-kata daripada mummynya.

Datin Orkid dan Nek Kemboja menghantar kepulangan mereka dengan perasaan yang sedih. Mereka berharap agar Aurora kembali ceria seperti dahulu.

Darren membawa kereta sambil tangannya mengelus lembut tangan Aurora.

CARL DARREN : HIS AURORA Onde as histórias ganham vida. Descobre agora