CHAPTER 31

461 17 10
                                    

VOTE PLEASE ⭐

Mawar memandang kosong ke arah makanan yang tersedia di hadapannya. Nak angkat kepala pun terasa berat. Tambah-tambah lagi kalau ada singa di hadapannya.

"makan lah. Takkan nak suruh aku suap baru nak makan"

Mawar menjeling ke arah Mikael. Sudahlah sekarang waktu kerja. Kalau waktu lunch dia tidak berapa kisah sangat. Ini tidak. Tengah dia menyapu sampah di bilik Mikael tiba-tiba Harraz datang menyampaikan pesanan daripada Mikael.

Mikael hanya bagi masa 5 minit sahaja untuk dia turun kalau tidak dia akan potong gajinya selama sebulan. Mawar pun apa lagi, terus berlari turun ke bawah.

"kenapa awak bawak saya makan ni?" soal Mawar tanpa berbasa-basi lagi.

"salah ke aku nak suruh kau teman aku makan?" soal Mikael kembali.

"memang lah tak salah tapi awak tahu tak sekarang ni bukan lunch hour. Lunch hour dah habis dah"

"Siapa kisah?" Mikael menyambung makan tanpa menghiraukan Mawar yang sedang menjeling tajam ke arahnya.

Mawar mengetap bibirnya. Kalau bercakap dengan Mikael ni memang lah. Suka buat orang sakit hati!

"awak boleh cakap macam tu sebab awak ni boss. Saya ni?" soal Mawar mula hilang sabar.

"kau kan personal tea lady aku" jawab Mikael selamba.

"ha tahu pun. Yang awak pergi culik saya time kerja ni kenapa?!"

"saje"

Mawar menarik nafas panjang apabila mendengar jawapan yang keluar dari mulut seketul Mikael ini. Mahu disumbat je semua nasi ayam ini dalam mulutnya. Biar penuh tak payah bercakap langsung. Daripada bercakap buat sakit hati orang je.

"dah makan"

'orang tengah sakit hati boleh pulak dia suruh makan. Bukan nasi yang kene makan ni karang tapi dia!' bisik Mawar dalam hati.

"aku ni nampak sedap sangat ke sampai kau nak kene makan aku?" Ujar Mikael tiba-tiba.

"ha?" Mawar pandang wajah Mikael hairan. Rasanya tadi dia hanya bercakap dalam hati je. Ke suara hati dia ni kuat sangat sampai boleh didengari oleh Mikael.

"takde ape lah. Cepat makan. Aku nak masuk office pulak lepas ni"

Akhirnya, Mawar mula menyambar sudu garfu yang berada di sisi pinggan. Pandang muka Mikael terus dia rasa lapar.

"Rindunya Aurora dengan nenek" Aurora memeluk erat tubuh badan Nek Kemboja.

"nenek pun rindu dengan baby. Baby sihat?"

Aurora angguk seraya tersenyum. "Alhamdulillah, sihat nenek"

"Aurora dengan Darren tidur sini ke malam ni?" soal Datin Orkid.

"tak tahulah mummy. Aurora ikut je abang Darren"

"jom lah tidur sini. Jarang tau nenek nak datang KL ni" Nek Kemboja cuba mengajak Aurora untuk mengajak Aurora tidur di rumah anaknya.

"nanti Aurora tanya abang dulu ye, Nek" senyum Aurora. Sejujurnya dia juga mahu bermalam di situ kerana dia sudah lama tidak balik ke rumah Datin Orkid dan Dato Danish.

"takpelah kalau macam tu. Mari makan dulu. Mummy ada masak makanan favourite Aurora ni"

Bersinar-sinar mata Aurora apabila mendengar kata-kata Datin Orkid. Wahh, ini makin sayang ni.

"serious lah mummy. Okay jom makan" Aurora bangun lalu berlari menuju ke meja makan.

Tergeleng-geleng kepala Datin Orkid dan Nek Kemboja melihat perangai kebudak-budakan Aurora itu. Comel!

CARL DARREN : HIS AURORA Where stories live. Discover now