CHAPTER 35

425 14 2
                                    

VOTE PLEASE ⭐

Aurora senyum lebar apabila kereta dipandu Darren meluncur di atas jalan raya.

Night drive.

"Aurora nak bukak tingkap boleh tak abang?" tanya Aurora. Baru rasa vibe drive memalam buta kalau bukak tingkap.

"boleh, sayang. Bukaklah" Darren memberi keizinan. Tangannya terus bergerak untuk menutup aircond.

Aurora menjerit kecil apabila tingkap dibuka. Dia mengeluarkan sedikit kepalanya untuk menghirup udara pada waktu malam.

"sayang, careful please? Hilang pulak kepala tu nanti" tegur Darren apabila merasakan kepala Aurora makin keluar dari tingkap.

"sorry, Aurora excited sangat sebab dapat keluar malam ni" sengih Aurora.

Darren hanya geleng kepala. Nak marah nanti isteri sendiri. Hanya mampu tegur sikit-sikit sahaja.

Darren menghulurkan tangannya kepada Aurora. Aurora pandang pelik.
Kenapa pulak hulur tangan?

"your hand" pinta Darren. Aurora meletakkan tangan kanannya di atas tangan Darren lalu digenggam erat olehnya.

Aurora hanya membiarkan sahaja. Lagipun dia suka kalau Darren memegang tangannya. Terasa selamat je rasa.

Aurora menyambung semula aktiviti tergendala dia tadi. Suka betul dia melihat lampu-lampu yang berkelip pada waktu malam. Mampu membuatkan dirinya tenang.

Tambah-tambah lagi ada tangan yang memegang erat sebelah tangannya. Lagi lah bertambah tenang. Hahaha.

"jom lah balik sayang. Dah lewat ni" Darren mengerling jam di tangan.

"alaa... Aurora nak jalan lagi"

"dah pukul 12 ni, sayang. Esok ye kita jalan lagi" pujuk Darren. Salah pujuk banjir pulak kereta tu nanti.

"tak nakk. Aurora tak nak balik" Aurora geleng kepala tanda tidak setuju dengan Darren.

"sayang dengar cakap abang, please. Sayang kan pregnant. Tak baik kalau balik lewat"

Tangan dalam genggaman Darren dilepaskan. Aurora berpaling ke luar tingkap. Dia nak jalan-jalan lagi. Takkan suaminya tak faham lagi. Dah lama dia berkurung dekat rumah.

"sayang..."

Aurora diam tidak memberi respon kepada Darren. Nak merajuk!

"esok kita jalan-jalan lagi ye. Malam ni kita balik dulu. Abang janji esok abang bawak sayang jalan-jalan. Sayang cakap je nak jalan mana, abang bawakkan" Darren masih lagi memujuk Cinta hatinya yang seorang ini.

Diam

"sayang..." nada suara dilembutkan.

Nak pujuk jangan guna kekasaran ye wahai kaum Adam di luar sana. Gunakan kelembutan. In Syaa Allah segala urusan dipermudahkan.

Barulah Aurora berpaling ke arah Darren dengan mata berair.

"jom lah balik" kata Aurora sayu. Kepala ditundukkan ke bawah.

Darren memberi signal kereta ke tepi sebaik sahaja mendengar esakan halus isterinya. Tak tenang memandu dibuatnya.

"shh... don't cry. Esok abang bawak sayang jalan-jalan. Janganlah nangis" Kepala Aurora diusap lembut.

Aurora menangis dalam pelukan suaminya. Dia pun tak tahu kenapa dia menangis.

"au...aurora min...mintak maaf sebab dah su...susahkan abang bawak Aurora jalan-jalan" ujar Aurora tersekat-sekat.

CARL DARREN : HIS AURORA Where stories live. Discover now