CHAPTER 3

709 43 14
                                    

VOTE PLEASE ✓

"Darren tak pergi kerja ke harini?" tanya Datin Orkid apabila melihat pakaian santai anak tunggalnya.

"kerja tapi masuk lambat sikit, Darren nak pergi joging dengan Mika kat taman depan tu " jawab Darren sambil menyuap nasi goreng buatan mummynya.

"mana daddy? " tanya Darren.

"dah pergi kerja, ada meeting penting harini "

"ouh, okaylah mummy. Darren nak pergi dulu. Mika dah tunggu kat taman tu " pinta Darren lalu bersalaman dengan Datin Orkid.

Harini dia terasa hendak joging kerana seingatnya dah lama dia tidak keluar joging. Tambah pulak si Mika beria sangat ajaknya joging harini.

Dia mengenakan t-shirt lengan pendek dan berseluar pendek cukup untuk menutupi lututnya. Aurat sihh.
Tidak lupa jugak earphone untuk dia mendengar lagu semasa berlari nanti.

Tengah lah syok-syok dia dengar lagu tiba-tiba dia terdengar suara orang meminta pertolongan.

Dia mencari dimana punca suara itu dan dia terpandang ke arah tempat letak kereta yang agak sedikit tersorok di belakang pokok besar itu.

" Jangan ibu, sakitt " tangis gadis muda yang sedang menahan cengkaman pada rambutnya. Terdapat sepasang suami isteri dalam lingkungan umur 40-an sedang berdiri di hadapan gadis itu.

" hey kau jangan bising boleh tak. Memekak je dari tadi. " tengking sang isteri kepada gadis itu lalu melepaskan genggaman tangannya pada rambut gadis tidak bersalah itu.

" ibu tolong lah, Mawar taknak pergi. Mawar tak nak ikut " geleng Mawar berkali-kali.

Yer gadis malang yang sedang melutut itu adalah Mawar Areysa.

Darren menolak lidah di dinding mulutnya menahan sabar. Pantang betul dia kalau situasi begini terjadi depan matanya.

Baru je dia nak buka langkah, tiba-tiba....

" Woi " sergah Mikael atau nama penuhnya Luth Mikael Adam

" pernah rasa kene sumbat batu dalam mulut? " tanya Darren tenang.

" halah kau lek lah. Aku tengok dari tadi lagi kau duk usha pokok tu. Berkenan nak tanam depan rumah ke?"

Belum sempat Darren hendak menjawab, kedengaran suara Mawar merintih kesakitan.

" apehal tu weh " tanya Mikael hairan. Mata dia terpandang ke arah sebuah kereta yang berdekatan dengan pokok besar itu.

Darren hanya mengangkat keningnya sebagai isyarat. Tanpa berlengah lagi, mereka berdua pergi ke arah pasangan itu.

" Ape susah sangat kau nak dengar cakap aku ni, aku kate balik tu BALIK LAH " tengking si bapa pula lalu mengangkat tangannya untuk menampar Mawar.

Mawar hanya memejamkan matanya kerana dia tahu apa yang akan berlaku selepas ini.

" don't touch her " halang Mikael yang sedang menahan tangan orang tua itu dari menampar gadis yang tidak bersalah itu.

" kau jangan nak menyibuk hal aku anak beranak boleh tak " marah Rahimi, ayah yang menjaga Mawar sejak kecil.

" but this is too much, kalau kau nak bergaduh pon boleh gaduh dekat rumah so orang sekeliling takkan nampak. Takdelah orang lain terpaksa kotorkan tangan untuk halang tangan berdaki kau ni " Jawab Mikael selamba.

" kurang ajar kau " Rahimi berkira-kira mahu menampar Mikael pula.

" hands down " celah Darren yang berpeluk tubuh.

CARL DARREN : HIS AURORA Where stories live. Discover now