CHAPTER 16

517 28 0
                                    

VOTE PLEASE ✓

"Woi, termenung apa tu" sergah Mikael. Baru harini dia dapat berjumpa dengan Darren kerana dia sibuk semenjak kebelakangan ini. Maklumlah semua kerja dia yang perlu buat.

"tak reti ketuk pintu dulu ke?" jeling Darren.

"lupa" sengih Mikael. Alah selama ni dia tak ketuk, okay je. Kenapa tiba harini jadi isu pulak. "yang kau termenung sampai nak tembus dinding tu asal?"

"nothing" jawab Darren mudah.

Mikael menggulingkan matanya ke atas. Itulah perangai sebenar Darren. Suka berahsia. Geram pulak dia rasa.

"jom makan. Aku lapar lahh" ajak Mikael sambil menepuk perutnya.

"kau tak lain tak bukan kalau datang je office aku mesti ajak makan. Tak ajak makan kau saje gedik kau nak melepak dengan aku. Kacau aku buat kerja,"

Mikael tersengih. "mana ada. Itu aku saja je nak melawat. Dah alang-alang aku pun ajaklah makan terus"

"aku busy. Kau pergi makan dengan Mawar tu je lah"

"Mawar merajuk dengan aku" muncung Mikael. Dia terlupa membeli coklat je pun. Dah lancar perang dingin.

"why?" Darren kerut dahi.

"aku lupa beli coklat dia lepas tu terus merajuk. Aku 'ter' lupa je pun" Mikael geleng kepala.

"memang padan lah dia merajuk" Ujar Darren selamba.

"kau ni. Bukannya nak menolong aku" Mikael berpeluk tubuh. Kalau bercakap dengan Darren ni tidak sah kalau ayat yang keluar dari mulutnya itu tak buat orang sakit hati.

"then kau nak suruh aku buat apa?" soal Darren dengan tangan masih setia menekan keyboard laptopnya.

"takde ape lah" Mikael sudah malas mahu bercakap soal ini lagi. Dia datang sebab nak ajak makan nasi bukan makan hati!

tokk tokk....

"masuk" arah Darren

"Tuan Aryann datang untuk berjumpa dengan Tuan" Ujar Raykal, PA Darren.

"suruh dia masuk"

"Aryann tu yang...." kata-kata Mikael terhenti apabila daun pintu ditolak.

"assalamualaikum, kawan" ujar Aryann ceria.

"eh kau. Lama tak jumpa!" Jerit Mikael gembira. Hampir beberapa tahun dia tidak bersua muka dengan lelaki hebat ini.

"makin besar kau ye" sengih Aryann. Darren geleng kepala. Mujur tiada Ean kalau tidak, haih.

"apa kau ingat aku ni makin lama makin kecil ke?" jeling Mikael.

"takde lah. Tengok muka macam orang tengah bahagia je. Ada calon dah ke?" soalan cepumas keluar dari mulut Aryann. Dia pun tidak mempunyai jawapan untuk soalan itu.

"mengarut lah kau. Mama aku masak nasi untuk aku hari-hari. Tu makin besar"

"macam lah aku tak tahu muka orang tengah bahagia macam mana" sinis Aryann.

"nak borak pergi keluar" serius suara Darren mematikan perbualan mereka.

"jom, Aryann. Kita pergi lunch" ajak Mikael. Dah bapak singa tak nak so kita ajaklah orang lain.

"kau, Darren. Tak join?" soal Aryann.

"dia cakap dia diet" Mikael tolong jawab bagi pihak Darren.

Darren memberi jelingan tajam kepada Mikael. "err jom lah. Nanti kedai makan tutup"

CARL DARREN : HIS AURORA Where stories live. Discover now