CHAPTER 25

478 15 2
                                    

VOTE PLEASE ⭐

Darren menyambut tubuh isterinya daripada terjatuh. Tegang uratnya apabila melihat keadaan Aurora yang lemah itu. Bertambah marah lagi dia apabila melihat tepi bibir isterinya yang berdarah itu.

Darren meletakkan Aurora perlahan-lahan di tepi pokok yang besar. Dia segera meluru ke arah si babun yang mencederakan isterinya.

Darren terus mencekik leher Amir. Amir pula masih lagi dengan masalah batu kecil yang masuk ke matanya tadi.

"APA KAU DAH BUAT DENGAN ISTERI AKU, HAH" tanya Darren serius.

"le..lepaskan aku, sss...sakit" pinta Amir.

"AKU TANYA TU JAWAPLAH. KENAPA KAU BUAT ISTERI AKU MACAM TU" tengking Darren sekuat hati.

"aku...aku hanya ikut arahan je" jawab Amir.

"SIAPA YANG ARAHKAN KAU?"

Melihat Amir yang senyap membisu itu, Darren terus menumbuk muka Amir sekuat hati.

"okay..okay aku bagitahu"

"now tell me"

"Khaira yang suruh aku buat. Dia suruh aku hapuskan isteri kau" Amir berkata sambil menggosok tepi mulutnya. Bengkak habis mukanya akibat ditumbuk.

Semakin naik api kemarahan Darren apabila mengetahui siapa dalang dalam semua ini. Dia harus pulang bagi merawat luka Aurora.

Si Amir dia hanya tinggalkan terkulai di bukit itu. Malas dia mahu menolong. Dah buat isteri aku macam ni, nak suruh aku tolong pulak dah.

Darren, Datin Orkid dan Nek Kemboja duduk di ruang tamu bagi membincangkan apa yang telah berlaku petang tadi. Sungguh hiba hati mereka apabila melihat keadaan Aurora begitu.

"Arren tahu ke siapa punya kerja?" soal Datin Orkid sedih.

"tahu"

"Ha, siapa. Biar nenek tonyoh muka dia dekat jalan tar depan tu"

"mesti mummy dengan nenek terkejut"

"siapa?" tanya mereka berdua serentak

"Khaira" jawab Darren senada. Ingin sahaja dia bersemuka dengan Khaira tetapi isterinya harus diutamakan. Dia mesti sentiasa berada disamping Aurora.

"APA!!" jerit Nek Kemboja dan Datin Orkid.

"budak tu dah kenapa. Memang nak kene tonyoh betul-betul ni" Kata Nek Kemboja bengang.

"apa salah Aurora sampai dia buat macam tu. Kenapa mesti Aurora?" Ujar Datin Orkid dengan nada yang sedih. Tidak sanggup dia melihat keadaan Aurora yang tidak bermaya tadi.

"anak dengan mak same je. Suka buat darah aku naik" Nek Kemboja geleng kepala.

"entahla, mummy. Takpelah Arren nak masuk bilik dulu. Nak tengokkan Aurora"

"ha yela. Nanti nak apa-apa panggil je mummy" Darren mengangguk perlahan.

Darren membuka pintu bilik dengan perlahan-lahan. Dia tidak mahu Aurora terjaga. Dia berjalan menuju ke katil.

Dia duduk di sisi katil. Maklumlah, katil bujangnya belum ditukar lagi. Wajah manis itu sekarang hanya dipenuhi dengan air mata.

Darren mula membelai pipi Aurora. Dia berharap agar isterinya sihat seperti biasa. Dia mahukan senyuman Aurora. Dia mahukan keceriaan yang sering dipamerkan oleh Aurora.

Aurora terjaga apabila tidurnya diganggu. Dia terus menjerit sebaik sahaja melihat Darren.

"ARGHHHH" jerit Aurora kuat

CARL DARREN : HIS AURORA Where stories live. Discover now