CHAPTER 22

537 19 0
                                    

VOTE PLEASE ⭐

Aurora terjaga dari tidurnya apabila dia merasakan ada angin menerpa wajahnya. Aurora mengibas-ngibas tangannya menghalang angin tetapi tidak berjaya. Angin tersebut masih lagi ada. Makin lama makin kuat sehingga membuatkan dia mencelikkan mata.

Buka sahaja mata, dia disajikan dengan renungan Darren.

"abang" jerit Aurora terkejut. Pagi-pagi dah buat dia test suara.

"why?"

"kenapa abang tenung Aurora macam tu. Terkejut Aurora" Ujar Aurora sambil menggosok matanya.

"comel isteri abang ni kalau tidur. Tidur atas lengan abang pulak tu" Darren cuit hidung Aurora. Memang dah jadi tabiatnya untuk cuit hidung Aurora selepas berkahwin.

"malu lah Aurora kalau abang tengok macam tu" Aurora menyembunyikan mukanya. Buat ke ada air liur basi. Tak ke malu dia.

"takde apa yang nak dimalukan. We're husband and wife, right?"

"yela. Aurora cuba untuk buang sifat malu ni. Harini kita nak buat apa?" soal Aurora.

"Harini kita naik ATV dengan berkayak atas sampan jernih"

"wahh, Aurora suka tu. Okaylah, Aurora nak pergi mandi cepat-cepat." Kata Aurora lalu bingkas bangun.

........................................................................

"abang pandai ke bawak?" soal Aurora takut. Buat ke accident nanti, tak ke sakit.

"of course lah abang pandai. Dulu abang selalu naik ATV ni tau" jawab Darren. Aurora sudah gelisah. Dia dah lah tak pernah naik benda alah ni.

"Aurora takut" Ujar Aurora dengan nada seakan mahu menangis.

"takpe, abang ada. Takkan abang nak biarkan isteri abang sakit" Darren menggosok-gosok kepala Aurora. Ketakutan Aurora tadi hilang sedikit demi sedikit apabila mendengar Darren berkata begitu.

"abang bawak slow-slow eh"

"ye, sayang. Abang bawak Cinta abang ni dengan berhati-hati punya. Don't worry. Sayang mesti suka nantiAurora tersenyum apabila mendengar kata-kata Darren itu. Sememangnya dia sudah percayakan suaminya.

"dah, meh naik" Darren menghulurkan tangan kepada Aurora. Aurora menyambut huluran itu dan duduk di tempat duduk belakang.

"Now, hug me" Aurora hanya mengikut arahan yang keluar daripada mulut Darren. Darren menghidupkan enjin.

Dia tidak memerlukan khidmat pekerja di situ kerana seperti yang dia katakan tadi. Dia selalu naik ATV masa dia study dulu.

"peluk kuat-kuat tau, sayang. Nanti sayang jatuh" pesan Darren. Aurora makin mengeratkan lagi pelukan. Darren dapat merasakan badan Aurora yang sedikit menggigil ketakutan itu.

Darren mula menggerakkan ATV. Dia membawa dengan cermat kerana terfikirkan isterinya di belakang. Kalau tiada isterinya ini sudah lama bergegar otaknya kerana kelajuan yang di bawa di kawasan hutan berlumpur dan berbukit itu.

"AAAAA ABANGGG BEST NYAAA" jerit Aurora teruja. Seronok rupanya naik ATV ni. Terhuyung-hayang badan mereka kerana kawasan yang tidak sekata itu.

"Kan abang dah cakap yang sayang mesti suka punya nanti" Ujar Darren yang masih menumpu perhatiannya pada jalan.

"Aurora suka" senyum Aurora. Begini rupanya perasaan naik ATV. Selama ini dia hanya melihat di kaca tv sahaja. Tak pernah terlintas dia nak naik ATV ni.

Darren memperlahankan ATV. Semakin lama semakin perlahan. "kenapa ni abang. Kenapa berhenti?" soal Aurora hairan. Baru dia nak menjerit kerana suka akan aktiviti ini. Tahu-tahu je Darren memberhentikan ATV ini ke tepi.

CARL DARREN : HIS AURORA حيث تعيش القصص. اكتشف الآن