3 9 𓆩♡𓆪

17 6 0
                                    

˚ପ ⊹ D i a r i C i n t a K i t a ࿐ྂ

˚ପ ⊹ D i a r i C i n t a K i t a ࿐ྂ

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

⋆ ⋆ 𓆩♡𓆪 ⋆ ⋆

Rintik hujan masih bernyanyi riang menyentuh cermin tingkap yang jernih dan bersih pada malam itu.

Yaani yang berbaring di atas katil itu mula menyelimuti tubuhnya yang terasa amat kedinginan. Dia menutupi seluruh tubuhnya itu dengan selimut, membiarkan hidung dan matanya saja tidak diselimuti. Bilik siling dipandang dengan lama.

Fikiran masih memikirkan tentang keadaan Maya. Semalam adalah kali terakhir dia bertemu wanita itu. Andai saja dia menahan wanita itu daripada terus pergi semalam, pasti keadaan tidak sama. Tapi mahu bagaimana lagi? Semua ini terjadi pasti ada hikmahnya.

Tetapi, siapakah yang tergamak sangat melakukan perbuatan kejam kepada seorang ibu yang mengandung seperti Maya?

Wujud lagi manusia kejam seperti itu di bumi ini? Sungguh dia tak faham!

"Hachum!"

Dia bersin kecil sebelum mengebilkan matanya berkali-kali. Dia lupa makan ubat yang diberikan oleh ibunya petang tadi.

Siapa je suka makan ubat? Oh. Dia sangat bencikannya!

"Sayang?" Adam yang baru saja selesai menyiapkan tugasnya di bilik kerja itu segera mendekati katil yang cuma kelihatan selimut di atas katil itu.

Mata Yaani yang terkebil-kebil saja kelihatan ketika itu. Adam segera melabuhkan punggungnya di bucu katil.

Sepasang mata hitam pekat milik isteri dipandang sebelum dia mengunci tubuh wanita itu dan mengangkat wajah seolah-olah bertanya kenapa wanita itu membungkus dirinya dengan selimut.

"Kenapa ni? Hm?"

"Tak ada apa-apa.. Yaani sejuk.." Ucap Yaani dengan kecil.

Suara Yaani pun tidak seperti biasa. Manja, tidak seperti selalu.

"Kenapa? Sayang okey tak ni?" Adam berura-ura ingin menurunkan selimut tersebut namun Yaani cepat-cepat menggeleng.

"Janganlah tarik.. Yaani sejuk ni!" Wanita itu mengerutkan dahinya. Adam mengecilkan matanya. Dia segera menggapai remote penghawa dingin sebelum merendahkan suhu udara serendah yang mungkin.

Yaani mengebilkan matanya berkali-kali sebelum menurunkan sedikit selimutnya.

"Sejuk lagi?"

"Nope."

"Are you sure?"

"Yep."

Adam tahan senyum. Kenapa Yaani comel sangat malam ni? Dia segera membaringkan tubuhnya di sebelah isterinya itu sebelum ingin memeluk tubuh isterinya seperti biasa.

Namun, apabila dia merasakan kehangatan apabila memeluk tubuh wanita itu, dia segera menarik tangannya semula.

"Sayang.."

 𝐃𝐢𝐚𝐫𝐢 𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐊𝐢𝐭𝐚Where stories live. Discover now