2 3 𓆩♡𓆪

15 8 7
                                    

˚ପ ⊹ D i a r i C i n t a K i t a ࿐ྂ

⎯  hanya kamu yang aku inginkan, tiada wanita lain selain kamu, Yaani⎯

Oups ! Cette image n'est pas conforme à nos directives de contenu. Afin de continuer la publication, veuillez la retirer ou télécharger une autre image.

⎯  hanya kamu yang aku inginkan, tiada wanita lain selain kamu, Yaani

⋆ ⋆ 𓆩♡𓆪 ⋆ ⋆

"Nur Thiyaani Binti Abdullah Saad."

Akhirnya.. namanya disebut juga akhirnya. Yaani mula tabahkan hati sebelum mengatur langkahnya satu persatu naik ke anak tangga menuju ke pentas dewan saat ini.

Senyuman tak lekang dari bibirnya. Akhirnya.. hari yang dinanti-nantikan tiba juga.

Saat inilah dimana segalanya akan berakhir seperti yang diharapkan.

Ijazah yang telah dihulurkan itu disambut dengan rasa penuh teruja.

Tatkala dia mengangkat wajah, dia memandang tepat ke wajah ibu dan ayahnya yang sedang duduk di bahagian atas.

Dia tersenyum lebar sebelum mengangkat ijazah itu penuh gembira. Rata-rata mereka hanya terhibur melihat karenahnya.

Cuma satu saja yang mengganggunya.. Adam.

Tiada nampak wajah suaminya berada di situ. Mana Adam?

"Tahniah, Yaani. Tahniah, Fathia. Kitaorang bangga dengan kamu berdua." Ucapan tahniah dari Puan Tiara kepada anaknya dan Fathia buat Yaani tersenyum senget.

Fathia pula dengan bangganya memegang dada, janji tak pernah menghampakan sampai bila-bila!

"Oh, ya, aku nak pergi jumpa family aku kejap.. ddada!"

"Ha, jangan lupa amik gambar ngan aku nanti Thia!"

"Okey!"

Yaani menghantar Fathia pergi dengan pandangan. Puan Tiara dan Tuan Saad mula berdehem kecil sebelum bersikap pelik.

Yaani juga hairan melihat gelagat orang tuanya yang seakan-akan ada sesuatu menganggu mereka.

"Abah.. Mama? Kenapa ni?"

"Ekhem.. abah nak pergi jumpa keluarga Thia kejap. Yaani tunggu sini kejap, ya?"

Eh? Yaani cuma mengangguk kecil. Dilihatnya pula ke arah ibunya yang sudah tersengih sendirian.

"Mama.. mama pun nak pergi sapa keluarga Thia kejap! Hehe."

Eh? Sekali lagi, Yaani musykil dengan sikap aneh orang tuanya. Yaani geleng kepala saja sebelum memeluk erat ijazah yang dipegangnya.

Tamat juga akhirnya peperangan di universiti ini, ya?

Tapi.. rasanya tak lengkap tanpa Adam.

Sudah tiga hari Adam berada di Singapore kerana harus menghadiri majlis yang penting yang telah diadakan oleh pihak kolej di sana. Ianya majlis yang harus Adam hadiri memandangkan dia salah satu lecturer muda yang terpilih.

 𝐃𝐢𝐚𝐫𝐢 𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐊𝐢𝐭𝐚Où les histoires vivent. Découvrez maintenant