1 6 𓆩♡𓆪

16 7 0
                                    

˚ପ ⊹ D i a r i C i n t a K i t a ࿐ྂ

⎯  saat itu kita lagi sedang membicarakan tentang masa depan kita berdua ⎯

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

saat itu kita lagi sedang membicarakan tentang masa depan kita berdua

⋆ ⋆ 𓆩♡𓆪 ⋆ ⋆

Hari kedua perkhemahan dijalankan dengan lebih banyak aktiviti yang disediakan oleh Nevi dan rakannya.

"Kumpulan yang paling banyak poin dalam memanah akan dapat hadiah.. rahsia dari kitaorang. Jadi, ada sesiapa nak cuba?"

Satu persatu dari setiap kumpulan menawarkan diri untuk cuba memanah. Kebanyakan mereka tidak ada yang mendapat poin atas daripada sepuluh.

"Encik Fuadh pergilah cuba. Bukan Encik Fuadh pernah kata yang encik suka memanah ke dulu?" Tanya Raudah ingin tahu.

"Raudah, dulu saya memang pro.. tapi sekarang-"

"Ala, you.. cuba jelah. Buktikan suami I ni good at everything." Maya sudah mengusap-usap dada Fuadh sambil membisik ke telinganya tapi menjeling ke arah Yaani.

Yaani buat tak kisah saja dengan lakonan Maya yang kelihatan sangat fake waktu itu. Dia pun boleh buatlah dengan Adam, cumanya dia tak nak tunjuk. Takut orang tu nanti sakit hati pulak.

"I'll try." Jawab Fuadh menurunkan tangan Maya daripada terus berada di badannya. Raudah dan Aina menahan tawa apabila Maya dilayan acuh tak acuh oleh suami sendiri.

Mereka berdua pergi mendekati Yaani dan Adam pula.

"Adam, awak tak nak try memanah ke?"

Adam menggelengkan kepala. "Saya tak pandai." Sepenggal senyuman terhias di bibirnya membuatkan orang di sekelilingnya terpesona sebentar.

Yaani pandang mereka dengan pandangan biasa. Padahal dalam hati sudah merasa tidak tenang. Apahal pandang suami dia macam tu? Ek eleh.

"Ala, Yaani.. pujuklah suami awak. Kumpulan kita dah kalah teruk dah ni." Ujar Aina pula.

"Awak tak nak cuba ke, Adam?" Yaani mendekatkan dirinya dengan Adam agar dapat berbisik dengan lelaki itu.

Adam tunduk pandang isterinya yang sedang kelihatan ragu-ragu mahu bercakap dengannya. Akhirnya Adam tundukkan sedikit badannya agar ketinggian dia dan Yaani sama.

Dia peluk bahu sambil tayang wajah tak pasti pandang isterinya. "Awak nak saya cuba ke?"

Yaani pandang tempat lain terlebih dahulu sebelum pandang Adam semula kemudian angguk kecil. "Mm.. ya!" Jelas Yaani dengan kecil tapi penuh semangat.

 𝐃𝐢𝐚𝐫𝐢 𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐊𝐢𝐭𝐚Where stories live. Discover now