0 8 𓆩♡𓆪

32 8 9
                                    

˚ପ ⊹ D i a r i C i n t a K i t a ࿐ྂ

⎯ Saya di sini tetap menunggu saat itu akan tiba

¡Ay! Esta imagen no sigue nuestras pautas de contenido. Para continuar la publicación, intente quitarla o subir otra.

Saya di sini tetap menunggu saat itu akan tiba.. saat di mana awak bakal jadi milik saya, Yaani

⋆ ⋆ 𓆩♡𓆪 ⋆ ⋆

Yaani keluar dari perut kereta setelah Adam memberhentikan keretanya di tempat letak kereta berdekatan bangunan apartment kediaman Adam.

Sejak tadi Yaani merasa kagum dengan bangunan pangsapuri dua belas tingkat tempat tinggal Adam itu. Nampak macam apartment mahal je. Adam ni kerja apa sebenarnya ya? Lupa pula dia nak tanya kat Fathia hari tu.

"Awak. Jom."

Beg bagasi hitam yang berisi pakaian Yaani sudah dikeluarkan oleh Adam dari perut kereta.

Tangan Yaani mula mahu menggapai pemegang beg bagasi yang dipegang oleh Adam namun malangnya Adam lebih cepat.

"Tak apa, Yaani. Biar saya bawakan."

Yaani geleng kepala, masih dengan egonya yang tak mahu beg bagasi itu dibawa oleh Adam.

"Tak apalah, saya boleh bawak sendiri."

Adam masih diam melihat Yaani yang masih saja bertegas. Dia tahu Yaani seorang yang tegas sejak dari dulu lagi.

"Awak ingat saya sampai hati ke nak biarkan isteri saya bawak beg berat macam ni?"

Yaani hampir berkerut dahi. Bukannya dia bawak, tapi dia akan heret kan? Lagipula nanti juga akan naik lif, jadi tak susah manapun nak bawak benda alah tu kan?

"Tapi-"

"Please Yaani, jangan degil. Kalau degil jugak, saya tinggalkan je awak kat sini nanti.. nak?"

Adam mula mengusiknya. Pandangan serius dari Adam mampu buat Yaani tak berani menjawab selain menggelengkan kepala laju. Main ugut pulak dia ni kan?

Adam hampir tertawa, terhibur dengan reaksi wajah Yaani begitu. Comel.

"Dah jom."

Adam mula mengarahkan Yaani untuk mengikuti langkahnya dan Yaani hanya mengekorinya dari belakang.

Adam perasaan akan hal itu dia berhenti sekejap sampailah Yaani tiba di sebelahnya, kemudian mereka mula berjalan beriringan.

Yaani juga sedar akan hal itu merasa sedikit kekok. Kenapa Adam harus tunggu dia?

Berdebar jugalah hatinya, tapi dia tidak menunjukkan sangat perasaannya di hadapan lelaki itu. Malu dia nanti ketahuan blushing di hadapan Adam.

Tiba di tingkat lima, Adam membuka kod pintu bilik apartment miliknya. Terbuka saja pintu, Adam mengarahkan Yaani masuk terlebih dahulu.

Apabila Yaani melangkah masuk ke dalam, dia kagum. Dia mengagumi ruang tamu bilik apartment milik Adam yang terlihat kemas dan sangat bersih itu.

 𝐃𝐢𝐚𝐫𝐢 𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐊𝐢𝐭𝐚Donde viven las historias. Descúbrelo ahora