2 4 𓆩♡𓆪

17 8 4
                                    

˚ପ ⊹ D i a r i C i n t a K i t a ࿐ྂ

⎯ tiada siapa yang tahu seperti apa itu cinta yang sebenarnya, tetapi apa yang aku tahu, aku ikhlas mencintaimu kerana Allah⎯

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

tiada siapa yang tahu seperti apa itu cinta yang sebenarnya, tetapi apa yang aku tahu, aku ikhlas mencintaimu kerana Allah

⋆ ⋆ 𓆩♡𓆪 ⋆ ⋆

"Awak masak apa malam ni?" Tanya Adam sebaik saja mendekati isterinya yang sedang sibuk memotong bawang di kaunter dapur.

Yaani tersenyum nipis. "BMC."

"Buttermilk chicken?"

Yaani angguk berkali-kali penuh teruja. Adam tersengih saja sebelum dia mengambil apron untuk dipakai. Yaani berkerut dahi memandang dia.

"Awak nak buat apa? Nak tolong saya ke?"

"Yepp. Can I?"

Adam sudah berjaya memakai apron namun masih struggle untuk mengikat tali di belakangnya itu dengan sendiri.

Perlahan-lahan dia pandang Yaani meminta simpati.

Yaani tersenyum lucu. Suami.. suami.. nak tolong tapi pakai apron sendiri saja pun susah.

"Sini." Adam mula pusingkan tubuhnya membiarkan isterinya ambil alih. Tangkas dan tenang saja Yaani mengikat tali apron milik suaminya itu.

"Dah."

Adam pusingkan tubuh semula menghadap isterinya. Sempat juga dia perkemaskan apron yang dipakai oleh Yaani.

"Sekarang saya nak kena buat apa?" Tanya Adam setelah menyingsing lengan baju hingga ke paras siku. Rambut depan diramas ke belakang memperlihatkan dahi mulusnya.

Yaani sempat memuji dia dalam hati. Sudahlah tampan, dia buat macam tu lagi.. makin tergoda dia mak aih..

"Awak pergi sediakan tepung. Saya nak salut ayam dengan tepung untuk digoreng."

"Okey. Itu je?"

"Ye, itu je."

Adam mencebik kecil. Sikit betul tugasan yang isteri dia dah kasi tu. Tanpa membuang masa dia turuti perintah isterinya itu. Dia keluarkan tepung yang pernah dipakai sebelum itu dari peti sejuk.

Tangannya ligat mengambil daging ayam yang sudah dibelah empat sebelumnya. Dia mula mengambil mangkuk untuk meletakkan daging ayam itu untuk disalut tepung.

Yaani hanya memerhati karenah suaminya yang sangat tekun ketika itu. Seketika wujud satu idea bernas di benak fikiran. Dia perlahan-lahan mendekati Adam yang tidak perasan akan dia waktu itu.

Dia calit sedikit tepung kemudian dia coret bentuk hati yang kecil pada wajah Adam dengan tepung tadi.

Seketika Adam mengangkat wajah menatap terus ke mata isterinya.

 𝐃𝐢𝐚𝐫𝐢 𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐊𝐢𝐭𝐚Where stories live. Discover now