0 6 𓆩♡𓆪

32 9 10
                                    

˚ପ ⊹ D i a r i C i n t a K i t a ࿐ྂ

⎯ It's always you that I want the most⎯

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

It's always you that I want the most


⋆ ⋆ 𓆩♡𓆪 ⋆ ⋆

Yaani hanya mampu bertawakal. Entah apa yang dibincangkan oleh ayahnya dan Adam di luar masjid sana. Kata ayahnya, kebarangkalian Adam yang akan menggantikan tempat Fuadh..

Dan dia sebagai anak yang tidak menderhakai orang tuanya, dia terima apapun saja keputusan yang akan dibuat oleh ayahnya.

"Yaani.."

Seorang wanita muda menghampiri kawasan yang diduduki oleh Yaani dan yang lain khas untuk wanita saja.

"Kak Arlana," jelas Yaani pamer senyuman sambil menghulurkan tangan untuk bersalam.

Arlana menyambutnya dengan senyuman lebar. Setelah itu Yaani mula beralih ke arah dua orang yang dia perasan telah memasuki masjid tika itu.

Masalahnya sekarang ini, dia langsung tidak kenal siapa dua orang manusia yang masuk ke dalam masjid dengan ayahnya itu.

"Mak long.. pak long?"

Kedengaran suara Fathia sedikit terkejut dengan kehadiran dua orang itu. Yaani mengangkat wajahnya memandang seorang wanita tua yang sudah menghampirinya.

"Yaani, kenalkan ini mak akak."

Arlana memperkenalkan wanita itu. Wanita itu sudah menyambut huluran tangan Yaani dan tersenyum manis.

"Boleh panggil ibu."

Jelas wanita itu tersenyum nipis membuatkan Yaani terkedu. Ibu? Ya, wanita itu adalah ibu kepada Adam.

Puan Amira Sofea mula melabuhkan punggungnya di sebelah Puan Tiara, ibu Yaani. Mereka mula saling bersalaman.

"Lama tak jumpa kamu Tiara.. kamu apa khabar?"

Mereka berdua mula berborak kosong saling bertanya khabar masing-masing.

Seketika, Yaani memandang ke arah susuk tubuh lelaki yang sudah lengkap dengan baju cara melayu serba putih.

Adam melangkah masuk dengan memberi salam sebelum menunduk lalu duduk bersama ayahnya, Tuan Izan dan Pak Saad.

Yaani tundukkan pandangannya apabila matanya dan mata Adam berlaga untuk sesaat.

Segan..

Yaani segan mahu memandang lelaki itu. Adam kelihatan begitu mempersona dan tampan sekali bila memakai baju cara melayu begitu.

Yaani mula pandang Fathia dan Arlana yang sibuk memukul sama satu sama lain. Sempat lagi dua sepupu itu bergaduh?

"Kak Arlana.. dan Adam sebenarnya adik beradik ke?" soal Yaani kepada Arlana.

 𝐃𝐢𝐚𝐫𝐢 𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐊𝐢𝐭𝐚Where stories live. Discover now