1 7 𓆩♡𓆪

16 7 3
                                    

˚ପ ⊹ D i a r i C i n t a K i t a ࿐ྂ

⎯ hanya cinta yang boleh menyakiti seperti ini

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


hanya cinta yang boleh menyakiti seperti ini.. rindu itu berat ya?

⋆ ⋆ 𓆩♡𓆪 ⋆ ⋆

My angel, Yaani
awak, thia ajak saya pergi hutan cari kayu jap.. izinkan saya pergi dengan dia boleh? thx ^.^


"Weh, mana ada aku ajak dia.. Dia cakap apa ni?" Fathia picit dahi, pening setelah membaca teks pesanan yang Yaani hantar pada Adam.

Adam sudah cuba banyak kali menghubungi Yaani tapi tiada sahutan daripadanya. Tidak mahu berdiam diri, Adam mula mengambil keputusan untuk masuk ke dalam hutan mencari isterinya.

"Weh, Dam! Kau nak pergi sendiri je ke?!" Tanya Fathia hampir menjerit.

Adam tidak menyahut selain mengangguk kecil kemudian berlari anak memasuki hutan itu bersendirian.


⋆ ⋆ 𓆩♡𓆪 ⋆ ⋆


Yaani memerhatikan sekeliling. Seingat dia, ini tempat yang sama dia dah jejaki tadi. Peta apalah yang Fathia bagi kat dia ni?

Masa dia masuk bilik tadi dia jumpa nota yang Fathia dah lekatkan kat pintu bilik mereka.

Yaani, jom pergi cari kayu. Kau jalan ikut peta ni, aku dengan Nevi ada kat sini tunggu kau.

Ha, bila ikut peta yang Fathia bagi ni dia jadi sesat pula. Aduh, macam mana ni? Yaani garu kepalanya yang tak gatal. Memang tak faham dia kenapa Fathia tak hantar pesanan teks saja, siap pakai nota segala.

Mungkin sahabatnya itu sudah kehabisan data telefon sebab itulah pakai nota. Ah.. make sense, juga.

Tapi bila lihat ke arah peta yang Fathia bagi ni, dia perasan ada sesuatu yang aneh. Peta ni tak ada anak sungai. Macam sebelum ni masa aktiviti mencari bendera hari tu, kat dalam peta ada anak sungai.

Yaani hela nafas kecil. Dia buntu nak pergi ke mana lagi kat dalam hutan itu. Dia sesat sepenuhnya.

"Yaani."

Seseorang menyebut namanya membuatkan dia menoleh. Dia sangkakan itu Fathia, tetapi sebaliknya.

"Maya. Kau buat apa kat sini?"

Maya dan Asyikin tersenyum sinis. Plastik hitam yang dipegang Asyikin itu kelihatan aneh. Maya mula berjalan setapak demi setapak mendekati Yaani.

Yaani kekal tenang. Dia tahu pasti Maya cuba mahu mencederakannya.

 𝐃𝐢𝐚𝐫𝐢 𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐊𝐢𝐭𝐚Where stories live. Discover now