0 7 𓆩♡𓆪

27 7 1
                                    

˚ପ ⊹ D i a r i C i n t a K i t a ࿐ྂ

⎯ Tetaplah menjadi bunga di hati saya, Yaani⎯

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tetaplah menjadi bunga di hati saya, Yaani⎯

⋆ ⋆ 𓆩♡𓆪 ⋆ ⋆

Yaani hela nafas kecil. Tanpa dia sedari hari Isnin telah tiba. Ya, tiba masanya untuk kembali ke kuliah seperti biasa.

Dia masih tidak percaya yang dia sudah sah menjadi isteri Adam sejak empat hari yang lepas. Meskipun telah sah menjadi isteri Adam, dia masih saja tinggal dengan ibu dan ayahnya. Adam juga telah mengizinkannya. Lelaki itu tidak menolak dengan keputusan yang dibuatnya.

Namun pagi tadi dia telah dinasihatkan oleh abahnya. Bukan nasihat yang sekadar menasihati tapi boleh dikatakan abahnya melakukan tazkirah percuma yang berjudul 'isteri wajib ada di samping suami' dan semacamnya.

Mana taknya Yaani rasa tak ada mood sekarang. Abahnya telah menyuruh dia untuk tinggal bersama Adam di rumah Adam. By hook or crook, dalam bahasa Inggeris, tapi kalau ikut bahasa abahnya, wajib!

"Yaani.. tunggu!"

Yaani tersentak saat namanya diseru. Melihat wajah lelaki yang dia cukup kenal itu dia serta merta memalingkan tubuhnya semula.

Apa lagi lelaki itu nakkan darinya? Tidak mahu menunggu lelaki itu, Yaani terus berjalan menuju ke dewan kuliah.

"Yaani! Awak, tunggulah.."

Fuadh masih belum berputus asa. Dikejarnya Yaani dan akhirnya dia berjaya menghalang Yaani daripada terus pergi mengabaikannya.

Dia berhenti di hadapan Yaani sambil mendepakan tangannya.

"Yaani-"

"Awak nak apa lagi, Fuadh? Ada benda nak jelaskan pada saya? No. Saya tak nak dengar lagi dah alasan dari awak. Saya tahu awak bukan Fuadh yang sebenar.. Fuadh yang sebenar tak akan sakitkan hati saya macam ni!"

Tanpa menunggu Fuadh berbicara terlebih dahulu, Yaani membuka mulut terlebih dahulu dan meluahkan apa yang telah tersimpan di dalam hatinya.

Hasratkan hati, mahu saja dia tengking Fuadh kemudian panggil Fathia untuk belasah dia! Tapi dia tak mahu cari perhatian.

Di universiti itu, tiada siapa yang tahu mereka ada hubungan istimewa selain Fathia.. namun sekarang tidak lagi. Yang tinggal hanyalah hubungan istimewa yang palsu!

"Yaani.. saya kena perangkap, tahu tak? S-saya tak tahu pun dia akan hubungi pejabat agama untuk tangkap saya dengan dia! Dia licik, Yaani.. percayalah saya.. please?"

 𝐃𝐢𝐚𝐫𝐢 𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐊𝐢𝐭𝐚Where stories live. Discover now