1 9 𓆩♡𓆪

18 8 10
                                    

˚ପ ⊹ D i a r i C i n t a K i t a ࿐ྂ

⎯ senja keemasan yang indah itu sering membuatkan aku resah kerana tahu sudah tiba waktu aku bertemu bulan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

⎯ senja keemasan yang indah itu sering membuatkan aku resah kerana tahu sudah tiba waktu aku bertemu bulan.. tetapi tidak bintang, kamu, yang belum tentu kelihatan

⋆ ⋆ 𓆩♡𓆪 ⋆ ⋆

Fathia sedut air minuman hundred plus yang baru saja Nevi bagi tadi. Mata tak berkelip pandang air yang perlahan-lahan menitik dari atap perkhemahan mereka. Bertakung saja air di hujung atap khemah itu, apabila menjadi banyak, barulah air itu turun dan proses itu diulang kali untuk seterusnya.

Lama diperhatikan, Fathia jadi tekun dan mengantuk pula. Hujan lebat yang bergemersik membuatkan hatinya merasa tenang.

"Memandangkan hari hujan, saya rasa semua boleh balik kut. Saya baru terima berita tentang cuaca yang mengatakan hujan ni akan sampai malam. Maaf bagi semua pihak yang berharap nak pergi tengok air terjun pagi ni.. pihak kami tak dapat buat apa-apa untuk pergi ke sana. Terlalu bahaya nak pergi ke sana dalam keadaan hujan macam ni."

Penjelasan dari Nevi yang berharap mendapat kesefahaman dari semua pihak itu buat Fathia hela nafas kecil.

"Nampak gayanya, tak dapatlah aku tengok air terjun yang paling cantik tu."

"Takpe, Thia. Nanti kita pergilah dengan Dagal.. lagi best." Jelas Yaani cuba menyenangkan hati seorang gadis yang sedang berduka cita tika ini.

"Weh cakap pasal Dagal, kau ada dapat mesej apa-apa dari Nana tak? Dah seminggu weh dia tak mesej aku."

"Kan? Entahlah, text aku pun dia tak baca lagi. Busy kut."

"Tapi macam pelik pulak. Budak tu menghilangkan diri ke apa?"

"Kau tak cuba mesej Shima ke? Sarah ke?"

Fathia geleng kepala sebelum tangannya menyeluk poket mengambil telefonnya. Dia tekan kontak nama group Dagal kemudian buat panggilan video dengan mereka.

"Weh Shima! Hai!"

"Lah, kau Thia.. apesal ek setiap kali call muka je yang aku kena hadap?"

"Mestilah muka aku yang kau kena hadap. Nak harapkan lelaki kacak? Lambert lagi weh. Nawi pun belum tentu akan lakukan benda yang romantik macam aku buat sekarang ni.. appreciate lah sikit member dah call ni."

"Yelah, yelah.. terima kasih ayank sebab dah sudi call. Eh jap, itu Yaani ke?"

Wajah Shima yang terlalu dekat hanya menampakkan mata kanannya itu membuatkan Yaani tersenyum nipis.

"Tak, ini bidadari.." Jawab Yaani penuh sopan lagikan ayu mengalahkan wanita melayu terakhir.

Tak lama kemudian muncul wajah Sarah di talian.

 𝐃𝐢𝐚𝐫𝐢 𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐊𝐢𝐭𝐚Where stories live. Discover now