2 5 𓆩♡𓆪

27 8 8
                                    

˚ପ ⊹ D i a r i C i n t a K i t a ࿐ྂ

˚ପ ⊹ D i a r i C i n t a K i t a ࿐ྂ

Hoppla! Dieses Bild entspricht nicht unseren inhaltlichen Richtlinien. Um mit dem Veröffentlichen fortfahren zu können, entferne es bitte oder lade ein anderes Bild hoch.

⎯  kerana cinta kita bersatu


⋆ ⋆ 𓆩♡𓆪 ⋆ ⋆

"Finally! Akhirnya dapat jugak bukak kedai bunga sendiri!"

Fathia melompat keriangan sementara Yaani di situ hanya tersengih memandangnya.

"Amboi, bukan main seronok ya Thia? Kedai bunga ni untuk adik ipar aku, bukan untuk kau!" Arlana sudah membebel seorang diri di situ sambil tunjal dahi Fathia.

"Adui! Sakit ah kak.. orang tunjal dahi akak guna pistol kang baru tau langit tu tinggi ke tak."

"Eh berani ke? Kau ada pistol ke?"

Laju Fathia menggeleng sebelum menyorok di belakang Yaani setelah melihat wajah garang Arlana.

"Korang berdua ni, sudah-sudahlah bergaduh tu. Tolong angkat barang boleh?" Adam yang baru saja masuk itu mendapat anggukan dari Fathia.

"Aku nak ayam kepci!" Jelasnya sebelum berlari keluar mahu menolong.. menolong kerana bersebab.

Yaani geleng kepala perlahan sebelum berdiri sebelah Arlana. "Mana akak jumpa tempat ni?"

"Kenapa? Yaani tak suka ke?"

"Eh, bukan macam tu kak. Yaani suka sangat! Tapi, Yaani rasa bersalah sebab akak susah-susah carikan tempat ni untuk Yaani."

"Susah apanya? Akak memang dah lama jumpa tempat ni tapi tak tahu lagi nak bagi kat siapa. Bila akak dapat tahu Yaani nak bukak kedai bunga sendiri, akak teringat nak bagi Yaani kedai ni lah.. cantik kan, tempat ni? Dekat dengan kafe pulak tu."

Yaani mengangguk berkali-kali sebelum memeluk tubuh Arlana. "Cantik sangat, kak! Thank you.."

"Sama-sama, Yaani. Hehe." Arlana membalas pelukan adik iparnya yang cantik itu.

Adam hanya memandang mereka acuh tak acuh kerana sibuk menyusun kotak-kotak yang baru sampai tadi.

Sempat dia tersenyum melihat kakaknya dan isterinya itu sudah mula saling berborak kosong.

Dia mula memandang keluar, entah apa yang dibuat oleh Fathia kat luar sana. Nak ambil barang saja pun ambil masa yang lama.

"Pak cik, kasi saya angkat la. Saya boleh angkat la kotak ni semua!"

"Haiya, cik adik.. ini barang manyak belat la.. suruh la lelaki yang angkat."

"Pak cik jangan nak meremehkan kekuatan saya pak cik.. saya setiap hari angkat berat tau? Ha tengok ni.." Fathia sudah menunjukkan otot yang tak wujud di lengannya.

Pak Cik pemilik truck itu hanya geleng kepala. Kasihan dengan Fathia, nak menipu pun tak pandai.

"Sudahlah, biar pak cik saja yang angkat. Kamu pergi jauh-jauh sana.. shuh!"

 𝐃𝐢𝐚𝐫𝐢 𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐊𝐢𝐭𝐚Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt