3 3 𓆩♡𓆪

33 7 16
                                    

˚ପ ⊹ D i a r i C i n t a K i t a ࿐ྂ

˚ପ ⊹ D i a r i C i n t a K i t a ࿐ྂ

Ops! Esta imagem não segue nossas diretrizes de conteúdo. Para continuar a publicação, tente removê-la ou carregar outra.

⋆ ⋆ 𓆩♡𓆪 ⋆ ⋆


Yaani memasuki bilik yang sudah gelap. Dia segera menanggalkan selendang daripada terus tersarung di kepala.

Dia lihat Adam sedang duduk di sofa sambil menghadap laptopnya. Tangan kanan menopang dagu sementara tangan kirinya membetulkan kaca mata yang dipakainya ketika ini.

Yaani ragu-ragu mahu mendekati pemuda itu. Namun dia tetap kuatkan hati dan ingin berbicara dengan suaminya itu setelah mengetahui perkara tadi dari Maya.

"Ekhem." Dia berdehem kecil. Adam mencongak pandang dia tak berkelip. Cawan kopi sudah kosong, dia berikan pada Yaani.

Yaani kerutkan dahi. Haih. Dia ingat aku datang ni semata-mata nak top up kopi ke? Hish. Yaani mengambil cawan itu sebelum meletakkannya kembali ke atas meja.

Adam melihat perangai Yaani yang tak seperti biasa itu sudah dapat mengagak apa yang terjadi.

"Nak apa, Yaani? Saya busy ni. Lain kali je bincang. Awak pergilah tidur."

Selamba saja Adam menyuruhnya pergi tidur. Yaani lantas menghenyak punggungnya di atas sofa dan menutup laptop itu dengan perasaan kesal. Kemudian dia letak laptop itu di atas meja sebelum dia mencerun tajam ke arah Adam sambil berpeluk bahu.

Adam berkerut dahi. Hiks. Marah pun comel bini dia ni. Seketika, dia cuba sembunyikan senyumannya.

"Awak nak apa, Yaani? Cakaplah. Hm, cakap cakap. Apa dia yang penting sangat tu?" Adam segera melucutkan kaca matanya. Wajah Yaani ditatap dengan kedua kening yang terangkat.

"Awak dah sakitkan hati Maya. Pergi mintak maaf sekarang!" Tegas Yaani.

Adam cuma mengemam bibirnya sambil geleng kecil. "Tak nak. Bukan salah saya pun dia menangis."

"Ya Allah, Adam.. dia menangis sebab siapa lagi kalau bukan awak?"

"Hantu kut." Sempat lelaki itu berseloroh.

Sudahnya, bahunya dicubit manja oleh Yaani. "Akk! Sakitlah.. berdosa tau cubit suami?"

"Dah tu tak berdosa pulak buat orang menangis? Terutamanya wanita, insan yang berhati lembut seperti tisyu. Awak langsung tak fikirkan perasaan Maya ke?"

Adam menggulingkan bebola matanya ke atas. "Dia buat awak menangis sebelum ni boleh pulak."

"Adam. Perkara tu dah berlalu. Saya dah tak pedulikan tentang masa lalu. Saya cuma fikir tentang masa depan je sekarang ni. Pandang ke depan, berfikiran positif dan move on."

"Saya faham. Tapi, Yaani.. saya tak sedap hati dengan dia tu. Awak tak faham ke instinct seorang suami itu selalu benar? Kalau dia berlakon je selama ni macam mana? Kalau tiba-tiba nanti dia apa-apakan awak macam mana?" Wajah Adam kelihatan risau. Dia takut apa yang dia fikirkan adalah benar. Instinctnya sebagai seorang suami tak pernah salah. No cap.

 𝐃𝐢𝐚𝐫𝐢 𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐊𝐢𝐭𝐚Onde histórias criam vida. Descubra agora