2 9 𓆩♡𓆪

28 8 15
                                    

˚ପ ⊹ D i a r i C i n t a K i t a ࿐ྂ

⎯  seluas galaksi itulah, kini perasaan cinta kita telahpun berada di dalam dakapan kita⎯

К сожалению, это изображение не соответствует нашим правилам. Чтобы продолжить публикацию, пожалуйста, удалите изображение или загрузите другое.

⎯  seluas galaksi itulah, kini perasaan cinta kita telahpun berada di dalam dakapan kita

⋆ ⋆ 𓆩♡𓆪 ⋆ ⋆

"Yaani!" Fathia berlari anak mahu mendekati Yaani yang baru saja keluar dari perut kereta.

Mainan yoyo yang ada di genggaman tangan kanan tadi mula dilemparkan begitu saja.

"Adoi!" Kena tepat pada dahi mulus Arlana.

Yaani segan saat sudah mahu mendekati Fathia. Bukan segan kerana apa, tapi banyak mata yang memandang.

Ini kali pertama dia menjejakkan kaki ke kampung suaminya, jadi wajah-wajah di situ tidak ada yang dia kenal selain Fathia dan keluarga Adam.

"Weiiii, aku tunggu kau dari semalam lagi tau? Akhirnya, sampai jugak kau ke kampung ewah ewah ni ya?"

"Kampung ewah kepala hotak engko.. Kampung Seri Ewah laa!"

Kepala Fathia dipukul dengan penyapu lidi buat Fathia mengaduh kesakitan. Hampir saja Fathia menghubungi ambulans kerana mungkin mengira kepalanya bakal senget setelah dipukul seperti itu.

Yaani tetap senyum kepada orang tua di hadapannya yang sudah menyuruh Fathia memegang penyapu lidi, berganti dengannya untuk menyapu halaman rumah.

"Ini mesti isteri kepada cucu tampan opah kan?" Dia bertanya sambil mengusap kedua wajah Yaani.

Yaani tersenyum kelat. "Ya. Saya.. Nur Thiyaani. Isteri Adam."

"MasyaAllah, cantiknya cucu menantu opah ni.. macam bidadari!"

"Ekhem. Tengoklah siapa bestfriend dia.." Fathia berdehem kecil itu tetap diabaikan masyarakat sekelilingnya.

Hampa. Cuma katak yang menyahut, dia dah cukup bangga.

"Eh, Yaani! Bila sampai? Allah, menantu ibu ni.. rindunya! Meh sini ibu peluk..alolo."

Tubuh Yaani dipeluk erat oleh Puan Amira. Senang hatinya melihat wajah menantu yang ditunggu-tunggu itu telah sampai juga akhirnya.

"Assalamualaikum ibu.. hehe."

Adam dari jauh memerhatikan karenah mereka.

Senang hatinya bila isterinya disambut dengan hati terbuka begitu.

"Lah, ibu ingatkan semalam korang gerak dari KL. Adam pun satu, tak bagitau pun dekat ibu."

 𝐃𝐢𝐚𝐫𝐢 𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐊𝐢𝐭𝐚Место, где живут истории. Откройте их для себя