3 6 𓆩♡𓆪

31 5 1
                                    

˚ପ ⊹ D i a r i C i n t a K i t a ࿐ྂ

˚ପ ⊹ D i a r i C i n t a K i t a ࿐ྂ

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

⋆ ⋆ 𓆩♡𓆪 ⋆ ⋆

Awal pagi di bilik kerjanya, Adam sudah menghadap MacBook Pro miliknya sambil menyemak kertas ujian milik para pelajar Ivory Academy.

Ting!

Notifikasi yang masuk menghentikan Adam terus fokus pada perbuatannya. Dia segera memeriksa telefonnya tatkala melihat nama Ariana yang tertera pada skrin. Dia terus memeriksa pesanan tersebut.

ARIANA
Adam, jom lunch sama-sama nanti. I ajak Nawi sekali. Lama tak lepak sama-sama. Kalau you busy tak apa, I tak paksa pun :)

Terangkat kening kanan Adam. Lunch?

Dia tak menolak jika perempuan itu mengajaknya untuk makan tengahari bersama. Dia pun ingin berjumpa dengan Ariana. Dia ingin mengenalkan Yaani pada wanita itu.

Dia mahu Ariana tahu, Yaani adalah wanita yang dia cinta pertamanya. Dia pernah memberitahu Ariana saat berada di UK dulu bahawa dia masih mencintai cinta pertamanya. Dan cinta pertamanya itu adalah Yaani.

Tanpa membuang masa, Adam segera membalas pesanan Ariana.

Sure. I will bring my wife with me.

Setelah menghantar pesanan tersebut, Adam diam sesaat sebelum dia memikirkan tentang isterinya. Kaca mata yang masih tersarung itu segera diperkemas.

Satu keluhan dilepaskan. Tangan mula menopang dagu sambil pandangannya dilemparkan ke luar tingkap.

Sebenarnya, dia tidak menceritakan semuanya tentang Ariana kepada Yaani. Ada rahsia tentang Ariana yang tidak dapat dia ceritakan kepada Yaani.

Sejujurnya, dia ingin memberitahu isterinya tentang semuanya tapi.. dia rasa tidak perlulah dia menceritakan hal tersebut kepada Yaani. Dia cuma rasa bahawa itulah yang terbaik untuk ketika ini.

Satu saat nanti, mungkin dia akan terpaksa menjelaskannya pada Yaani jika perlu. Saat itu, pasti dia akan memberitahu kepada isterinya itu tanpa ragu-ragu.



⋆ ⋆ 𓆩♡𓆪 ⋆ ⋆


"Abang, Yaani nervous."

"Hm?"

"Yaani nervous nak jumpa kawan abang tu! Kalau dia tak suka Yaani macam mana? Kalau dia—"

"Sayang, nak nervous buat apa? Dia tak makan orang lah. Sini. Pegang tangan abang."

Adam mula hulurkan tangannya saat melihat Yaani gementar tanpa sebab yang kukuh. Kenapa wanita itu nak gementar? Ariana cumalah teman lama Adam sewaktu di UK dahulu. Bukan siapa-siapa yang harus Yaani takutkan. Macam terbalik pula.

 𝐃𝐢𝐚𝐫𝐢 𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐊𝐢𝐭𝐚Where stories live. Discover now