0 5 𓆩♡𓆪

38 9 10
                                    

˚ପ ⊹ D i a r i  C i n t a  K i t a ࿐ྂ

⎯ Jika benar dia adalah jodohku, maka akan aku bahagiakan dia meskipun dengan mengatakan aku cinta padanya sekalipun, kerana itu sudah memadai⎯ 

اوووه! هذه الصورة لا تتبع إرشادات المحتوى الخاصة بنا. لمتابعة النشر، يرجى إزالتها أو تحميل صورة أخرى.

⎯ Jika benar dia adalah jodohku, maka akan aku bahagiakan dia meskipun dengan mengatakan aku cinta padanya sekalipun, kerana itu sudah memadai⎯ 


⋆ ⋆  𓆩♡𓆪  ⋆ ⋆

Hari yang ditunggu-tunggu telah tiba.

"Weh, aku nervous siak.."

Fathia mengipas-ngipas Nana yang dari tadi berpeluh tak tentu pasal.

"Rilek ah, Nana. Bukannya kau yang akan kahwin.. Yaani kut."

Nana senyum kelat sebelum kamera berjenama Canon EOS R6 yang ada di dalam tangannya diangkat.

"Memanglah.. tapi aku yang akan tangkap gambar diorang. Kau rasa? Nervous wey. Kalau aku tiba-tiba menggeletar macam mana? Dibuatnya gambar tu jadi tak berapa lawa, macam mana?"

Nana mengelap lens kamera miliknya dengan hujung kain lengan bajunya. Masjid sudah dipenuhi dengan beberapa ahli dan tetamu yang hadir. Mereka berempat pula masih berada di luar masjid menunggu ketibaan pengantin.

"Nana, kau sendiri yang volunteer nak jadi photographer untuk Yaani.. Lagipun ambik gambar je pun. Tekan sini tekan situ sudah, habis cerita."

Shima memflip tudungnya yang berwarna putih itu dengan penuh selamba. Senyuman senget ditayangkan.

Sarah mengangguk setuju sebelum merangkul lengan Shima yang tak habis lagi ambil feeling jadi perempuan diva.

"Apa kata kau practice? Ambik gambar kitaorang."

Sarah sudah membuat gaya peace sambil tersengih menampakkan giginya yang tersusun cantik dan putih. Shima pula mula buat gaya penuh kemegahan.

Nana buat muka meluat. Ek eleh.

"Cepatlah weh.."

"Sabor.. aku tahulah kau nak buat iklan gigi kat sini, Sarah. Bagi aku masa sikit untuk adjust jap."

"Tak pro lah Nana ni.."

"Heh minah ni, aku tampor jugak kat sini kang. Ayy—"

"Ha tampor lah tampor.. masjid ni. Jangan macam-macam."

Nana hanya tahan hati menghadap perangai Sarah yang suka menyakitkan hatinya.

 𝐃𝐢𝐚𝐫𝐢 𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐊𝐢𝐭𝐚حيث تعيش القصص. اكتشف الآن