[82] Eyes Can't Lie

Start from the beginning
                                    

Saleha tersenyum kelat, nasib baiklah Kaisara seorang wanita yang baik hati dan memahami. Saleha melihat ke arah Kimi Zarif yang sedang makan seperti tiada apa-apa yang berlaku. Tiada riak bersalah pun di wajah lelaki itu. Saleha tiba-tiba teringat tentang kejadian saat di kebun sayur. Dia harus meminta maaf kepada Qayyum, lelaki yang dia temui di kebun sayur kelmarin.

"Maaf Ibu, harini Ian tak dapat nak sarapan sama-sama dengan kita sebab Ian masih demam." Jelas Kaisara pada Puan Fatinah.

"Tak apa Kai, Ibu faham." Puan Fatinah tersenyum.

Selepas mendengar kata-kata Kaisara, Saleha baru perasan bahawa dia belum pernah lagi melihat wajah suami Kaisara. Pasti lelaki itu baik dan penyayang seperti yang Kaisara katakan tempoh hari.

~°~

Selepas selesai sarapan bersama, Puan Fatinah memberitahu Kimi Zarif bahawa hari ini Saleha akan pergi ke rumah keluarganya. Puan Fatinah meminta Kimi Zarif untuk menghantar Saleha kerana risau dengan pembantu kesayangannya itu.

Kimi Zarif melihat ke arah Saleha yang sedang berjalan menuju ke pintu utama. Saat itu Saleha sedang mengenakan baju kurung bercorak bunga kecil yang berwarna putih, sedangkan tudungnya pula berwarna pink belacan.

"Saleha." Panggil Kimi Zarif membuatkan langkah wanita terhenti. Saleha terus berpaling ke arah Kimi Zarif membuatkan pandangan mereka bertemu. Saleha berjalan mendekati Kimi Zarif dengan langkah perlahan. Entah apa lagi yang lelaki itu mahukan dari dirinya.

"Ibu nak aku hantar kau pergi rumah family kau."

"Tak apa, saya nak teman Qayyum pergi pasar. Lepastu Qayyum akan hantar saya pergi rumah family saya." Jawab Saleha tanpa riaksi di wajahnya. Riak wajah Kimi Zarif terus berubah serius selepas mendengar nama Qayyum. Dia tidak tahu apa yang bagus tentang lelaki itu sehingga Saleha lebih memilih Qayyum berbanding dirinya.

"Pergi pasar buat apa?" Soal Kimi Zarif. Saleha bagaikan tidak percaya dengan soalan Kimi Zarif. Adakah lelaki itu sengaja berpura-pura tidak tahu atau lelaki itu memang bodoh?

"Beli baranglah, takkan nak memancing dekat pasar tu." Jawab Saleha. Kimi Zarif mencuba untuk mengawal riak wajahnya, dia harus tetap terlihat tenang di hadapan wanita itu.

"That's not your job, Saleha." Wajah tenang Kimi Zarif membuatkan hati Saleha bertambah panas.

"Puan Fatinah dah izinkan saya, dan Encik Zarif tak ada hak untuk larang saya buat apa yang saya nak." Kata Saleha sebelum berlalu pergi. Dia tidak akan membiarkan Kimi Zarif mengatur hidupnya lagi.

Kimi Zarif mengetap rahangnya. Namun, dia hanya diam sambil melihat tubuh wanita itu hilang dari pandangannya.

~°~

Kimi Zarif melihat ke arah awan yang berwarna kelabu, mungkin tidak lama lagi hujan akan turun membasahi bumi.

Kimi Zarif menghidupkan enjin kereta, dia sudah meminjam kereta milik salah satu pembantu rumah Puan Aishah. Dia akan mengikuti Saleha dan Qayyum, dia juga tidak tahu kenapa dia melakukan kerja gila itu. Dia tidak cemburu pada Qayyum, dia hanya ingin memastikan dengan mata dan kepalanya sendiri jika Saleha benar-benar pergi ke pasar bersama Qayyum. Ya, dia tidak cemburu. Itulah yang Kimi Zarif katakan kepada dirinya sendiri.

Tidak lama selepas mengikuti kereta yang dipandu Qayyum, Kimi Zarif mengerutkan dahinya saat melihat Qayyum memberhentikan keretanya di tepi jalan yang sunyi. Selepas itu, Kimi Zarif melihat Saleha keluar dari perut kereta. Saleha melambaikan tanganya ke arah Qayyum sebelum Qayyum memandu keretanya meninggalkan Saleha seorang diri.

Kimi Zarif hanya mendiamkan diri sambil memerhati dari jauh. Ternyata Saleha berbohong tentang dia mengikuti Qayyum pergi ke pasar. Kimi Zarif tidak tahu kenapa Saleha semakin berani melawan kata-katanya dan kini sudah berani membohongi dirinya.

Kimi Zarif melihat ke arah Saleha yang sudah masuk ke dalam laluan kecil di tepi jalan. Kimi Zarif tidak dapat untuk memandu masuk ke dalam laluan itu kerana laluan itu terlalu sempit untuk kereta. Mungkin laluan itu hanya digunakan untuk motosikal dan basikal sahaja.

Kimi Zarif tidak tahu apa yang harus dia lakukan sekarang. Adakah dia patut menunggu sehingga Saleha keluar?

Tidak lama selepas itu, hujan renyai-renyai mula turun membasahi bumi. Kimi Zarif mula teringat pada Saleha, pasti wanita itu akan dibasahi air hujan.

Kimi Zarif melihat ke kiri dan kanan, pandangannya terhenti pada satu payung yang berada di seat belakang. Tanpa membuang waktu lagi, Kimi Zarif terus mengambil payung itu lalu keluar dari perut kereta. Kimi Zarif pergi ke laluan kecil yang lalui oleh Saleha tadi. Kimi Zarif melihat ke arah lalang yang sudah meninggi di sekitar laluan tersebut. Apa yang Saleha lakukan di laluan seperti ini?

Langkah Kimi Zarif terhenti saat melihat Saleha yang sedang berjalan ke arahnya sambil tertunduk. Dari riak wajahnya sahaja, Kimi Zarif sudah tahu bahawa Saleha sedang bersedih. Apa yang sudah terjadi pada gadis itu? Tiba-tiba sahaja hujan turun semakin deras.

"Saleha!" Panggil Kimi Zarif membuatkan langkah Saleha terhenti. Saleha mengangkat wajahnya memandang ke arah Kimi Zarif. Mata Saleha membulat kerana terkejut, dia bagaikan tidak percaya dengan apa yang dilihatnya.

Kimi Zarif mendekati Saleha yang sudah basah kuyup.

"Kau buat apa dekat sini?" Kini Kimi Zarif sudah berdiri betul-betul di hadapan Saleha kerana ingin melindungi wanita itu dari hujan yang semakin deras.

"Encik Zarif buat apa dekat sini?" Saleha undur satu langkah kebelakangan kerana ingin memberi jarak diantara mereka. Namun, Kimi Zarif tidak berputus asa. Kimi Zarif mengarahkan payung itu di atas Saleha walaupun tindakannya itu membuatkan tubuhnya dibasahi hujan.

"Saya tak nak.." Mata Saleha kelihatan merah.

"Jangan degil Saleha."

"Saya kata saya tak nak!" Saleha menolak tangan Kimi Zarif membuatkan payung yang dipeganganya jatuh di atas tanah. Kimi Zarif mengetap rahangnya, dia tidak tahu kenapa dia tidak boleh memarahi wanita itu. Kalau dia membenci Saleha, kenapa dia tidak meninggal saja wanita itu sendirian?

Saleha melihat ke arah payung yang kini sudah berada di atas tanah, adegan ini terlihat sama seperti di dalam drama cinta yang pernah dibintangi Kimi Zarif sebelum ini. Tiba-tiba Kimi Zarif memegang hujung lengan baju kurung Saleha.

"Encik Zarif nak buat apa ni?!" Saleha mencuba untuk menarik lengan bajunya dari genggaman Kimi Zarif, tetapi usahanya gagal.

"Jangan degil Saleha."

"Saya tak-

"Please.." Belum sempat Saleha meneruskan katanya, Kimi Zarif sudah memotong. Saleha melihat tepat ke sepasang mata indah milik Kimi Zarif. Pandangan lelaki itu terlihat sangat berbeza dari biasanya.

Tanpa berkata apa-apa lagi, Kimi Zarif terus membawa Saleha keluar dari laluan itu. Saleha tiada pilihan lain selain mengikuti Kimi Zarif dari belakang. Saleha tidak tahu apa niat sebenar Kimi Zarif melakukan hal itu terhadap dirinya.

Saleha melihat ke arah tangan kanan Kimi Zarif yang masih kemas memegang hujung lengan bajunya. Saat itu Kimi Zarif mengenakan t-shirt hitam berlengan pendek membuatkan kulit putih lelaki itu terdedah. Walaupun dengan keadaan yang basah kuyub, lelaki itu masih terlihat sempurna walaupun dari belakang.

"Stop staring." Suara garau Kimi Zarif terdengar jelas di telinga Saleha. Dengan pantas Saleha menundukkan pandangannya. Dia juga tidak sedar sudah berapa lama dia memerhatikan lelaki itu dari belakang.

𝓗𝓮𝓵𝓹 𝓶𝓮 𝓽𝓸 𝓶𝓪𝓴𝓮 𝓲𝓽 𝓼𝓱𝓲𝓷𝓮 ⭐
|🌹THANK YOU🌹|

🅲 𝗗𝗘𝗔𝗥 𝗗𝗔𝗠𝗜𝗔𝗡Where stories live. Discover now