(3)

217 17 0
                                    

Daria memegang kepalanya yang sedikit berdenyut. Dia masih memproses apakah yang telah terjadi padanya semalam. Cahaya yang menusuk ke arah matanya itu dipandang sekilas sebelum dia bangun berdiri.

"Kat mana pulak ni?" gumamnya sendiri sambil membetulkan rambutnya yang serabai.

"Daria, come join us for breakfast?"

Satu ketukan didengari olehnya di luar bilik. Dia membetulkan sedikit bajunya sebelum dia membuka pintu bilik tersebut.

"Encik, saya dekat mana?" soalnya.

"Awak pengsan semalam di tengah jalan, mungkin adik saya panik dan terus dia bawa awak balik ke rumahnya." jawab Adam.

'Pandai Afiq pilih.' gumam hatinya sendiri.

"Afiq ada dekat bawah tengah tunggu kamu, nanti kamu turun je ya? Jangan risau, kami takde buat apa-apa dekat awak." kata Adam kemudian berlalu pergi.

"Afiq? Dia bukan ke senior aku?" keluhnya seketika sebelum turun ke bawah menuruni anak tangga perlahan-lahan.

Matanya mulai tertarik untuk memerhati setiap sudut kawasan ruang tamu itu. Hiasan ala-ala modern house yang dipaparkan sangatlah cantik dan teliti pembuatannya pada setiap ruang.

"Daria, ni aku bungkuskan sandwich untuk makan dalam kereta. Aku dah lambat, aku ada kelas nanti." kata Afiq lalu menyerahkan bungkusan makanan itu.

"Kau ada kelas ke harini?" soalnya sambil memakai kasut di luar rumah.  Daria hanya menganggukkan kepalanya.

"Kau tercegat apa Daria? Cepatlah aku dah lambat, nak hantar kau lagi. Nanti letcurer marah aku lagi sebab lambat, dahla aku ni selalu lambat pergi kelas dia." bebel Afiq.

Tangan gadis itu ditarik olehnya ke kereta. Daria hanya tercengang memerhati setiap gerak geri lelaki itu. Tanpa menghiraukan Afiq yang sedang sibuk, dia memakan sandwich yang diberi olehnya.

Setelah beberapa minit memandu, mereka tiba di badapan lobi blok A yang diduduki oleh gadis itu. Daria turun dari kereta lalu berdiri menghadap Afiq. Lelaki itu menurukan cermin keretanya perlahan-lahan.

"Kalau mabuk, jangan main tengah jalan. Duduk je setempat." katanya.

"Saya tak mabuk lah! saya cuma pening semalam lepastu pitam."

"Eleh dah mabuk lagi nak menipu, werk." usik Afiq kemudian berlalu pergi.

"Weh tu senior kita kan? Afiq?" kata salah seorang daripada mereka yang kebetulan melalui kawasan itu. Pada pandangan mereka, dapat dilihat bahawa Afiq seperti terlalu mesra dengan gadis itu.

"Guys, tu junior kita! Dia baru masuk semalam, aku nampak masa pendaftaran." jawabnya sambil menunding jari ke arah Daria yang tidak jauh daripada mereka.

"Takkanlah.."






*****







Afiq memasuki perkarangan kolejnya itu lalu menuju ke tempat parking kereta. Pintu ditutup rapat dan kereta dikunci lalu dia mulai berjalan untuk pergi ke kelas sambil bermain dengan telefon bimbitnya.

Seketika dia melihat sekeliling, dia perasan pelajar di situ memerhatinya daripada tadi. Dia cuba untuk mengendahkannya dan terus berjalan bergerak ke cafe untuk membeli sebotol air mineral.

"Afiq tu en, mantap ah."

"Gila-gila ah Afiq."

Dapat dia dengari perbualan daripada sekumpulan pelajar lelaki yang duduk melepak di meja sambil menyantap makanan. Dia hanya menghiraukan sahaja, memandangkan dia sudah terbiasa.

Pasti ada rumour tentangnya yang disebarkan dalam kalangan pelajar kolej itu juga. Sebelum ini sudah pernah dia mendengar gosip mengenai dirinya dengan Sofea walhal mereka hanyalah teman biasa.

"Fiq, apa ni?"

Bahunya ditolak oleh Ikhmal secara tiba-tiba sehingga menyebabkan botol air mineral yang dipegangnya jatuh ke bawah. Afiq menghela nafas seketika sebelum memandang gambar yang ditunjukkan oleh Ikhmal yang terpapar jelas pada skrin telefon bimbit miliknya.

"Sape pulak buat kerja bodoh ni?" soalnya.

Gambar sewaktu dia menghantar Daria pulang dan mereka berdua sedang tersenyum mesra jelas terpampang. Pasti gambar inilah yang sudah viral menyebabkan ramai pelajar-pelajar lain memandangnya.

"Apa ni Fiq? Kau tahu kan aku suka Daria?!" bentak Ikhmal. Wajah Afiq dicerlung tajam.

"Mal, aku boleh explain. Daria pengsan semalam masa aku tengah otw pergi rumah abang aku. Then aku bawak dia balik hostel semula, tu je Mal." jelasnya.

Ikutkan isi hatinya hendak saja dia memukul rakannya ini tetapi memandangkan dia tidak ingin mendedahkan identitinya yang sebenar, dia terpaksa menahan rasa amarahnya terlebih dahulu.

"Stop being jealous, idiot. Kalau kau tak percaya, kau tanya Daria sendiri. Aku tak buat apa-apa dekat dia, and kitaorang takde pape."

"Apa Afiq cakap tu betul." celah Daria di muka pintu.

"Afiq cuma hantar saya sebab saya pengsan kat tengah jalan. Kalau dia tak selamatkan saya, saya tak tahu apa jadi dengan saya." sambungnya lagi sambil menuju ke arah mereka.

"Daria, i cuma risau dekat you. Are you okay?" soal Ikhmal sambil memeriksa Daria. Gadis itu cuma mengangguk.

"See? So benda dah settle kan? Jangan risau Mal, aku bukan jenis kawan makan kawan."

Afiq mulai beredar tanpa memandang ke belakang. Geram pula apabila dia terpaksa menghadap budak yang tak matang seperti Ikhmal. Bila la penyeksaan dia bakal berakhir, dia sudah tidak ingin menyamar sebagai seorang pelajar lagi.

Serabut.

Setelah selesai perbincangan mereka berdua di cafe dan ada beberapa orang pelajar juga yang menyaksikan kejadian itu, mereka mula bersurai. Ikhmal merapati Daria lalu memegang tangan putih milik gadis itu.

"Daria, i have something to tell you. I suka you." luah Ikhmal.

"Ikhmal, saya budak baru dekat sini. Terlalu awal untuk saya terima dengan keadaan yang macam ni." jawab Daria sambil melihat wajah lelaki itu.

"Please, Daria i dah sayang you." pujuknya lagi sambil mengenggam kemas kedua tangan gadis itu.

"Dahla. Ni saya nak pergi kelas dulu, nanti jumpa lagi." kata Daria dan berlalu pergi. Tidak sangka pula secepat ini. Entah macam mana mamat itu boleh jatuh cinta padanya.





DARIA mula melangkah ke dalam kelasnya. Matanya terhenti pada sosok tubuh Afiq di sebelah tingkap yang sedang bermain dengan telefon bimbitnya. Matanya beralih pula pada Aisyah yang sibuk membuat nota dengan pen yang memenuhi setiap sudut meja belajarnya.

"Aisyah, awalnya buat nota." tegurnya sambil mengambil tempat di sebelah rakannya.

"Aku memang suka buat nota awal-awal, senang nanti bila aku nak faham." jawabnya sambil ralik menulis di buku notanya.

"Tak sangka pulak senior kita satu kelas dengan kita. Aku dengar-dengar korang bergaduh tadi dekat cafe."

"Bukan gaduh, bincang." jawabnya sambil mengeluarkan telefon bimbit dari poketnya. Notifikasi bernama 'Ikhmal' masuk.

Daria tersenyum hambar. Tidak sangka pula budak lebih muda daripadanya itu boleh suka padanya.

Haih.

"Later lepas kelas, i pickup you okay? Kita balik sama-sama" - Ikhmal

Pesenan itu dibaca dan dibalas. Afiq yang sedia memerhati itu hanya menggelengkan kepalanya.

"Easy"

FOREVER YOUWhere stories live. Discover now