(1)

694 28 6
                                    

( Takyah komen pape, baca je. Nampak typo, pejam je mata tau hehe. Shakinggg)






















Gadis itu mulai melangkah perlahan-lahan sambil kedua tangannya mengenggam beg galas yang dipakai olehnya. Dia bergerak ke hadapan sedikit lalu memberhentikan langkahnya di hadapan pintu masuk.

'University College Of Aviation Management'

Nama yang terpapar pada papan tanda di hadapan sebuah bangunan megah itu dibaca sambil dia mengukir senyum lebar. Perasaan gementar, takut mula dirasai memandangkan ini adalah kali pertama dia memasuki alam ini.

"Kau boleh Daria." kata hati kecilnya.

Dia mulai melangkah masuk dan diikuti oleh pelajar-pelajar lain yang juga turut menuju ke pintu utama sebuah bangunan itu. Sekali lagi gadis itu mengukir senyumnya.

"Aw! Sorry.." kata seorang gadis yang telah melanggar bahunya.

"Sorry i tak sengaja, i nak cepat. See ya."

Belum sempat Daria menegur seorang gadis tinggi ramping itu, dia sudah berlalu pergi seperti dalam keadaan yang begitu kalut. Mungkin terlambat untuk ke kelas.

Daria duduk di kerusi yang telah disediakan, beg galasnya dibawa ke riba sambil mata melilau memerhati setiap sudut kolej itu. Seperti International College yang dihiasi oleh hiasan bendera seluruh negara, dan juga pokok-pokok yang sungguh menyenangkan.

"Nur Daria Farisha Binti Mohd Ezzani."

Namanya dipanggil setelah beberapa minit untuk memasuki ruangan pejabat. Sepertinya sebuah office khas untuk pendaftaran pelajar-pelajar baharu.

"Cik Daria ya? Sila duduk dan isi borang ni ya. Nanti kami akan bagitau proses selepas ini ya." kata salah seorang staff perempuan itu. Sempat Daria melirik namanya.

'Mawar.'

Setelah beberapa minit mengisi beberapa borang mengenai maklumat dirinya, dia berpindah ke bahagian sebelah pula iaitu sedikit briefing mengenai kos yang diambilnya.

"Okay Daria, saya akan explain sikit pasal kos awak ni ya. Nanti letcurer awak akan terangkan lebih detail pasal kos awak ya?" jelas staff itu sambil tersenyum ramah. Daria mengangguk faham.

"Jadi, awak ambil kos Office Management dimana kami akan memberikan beberapa subjek yang awak perlu ambil dan lulus sebelum awak dapat menduduki Final Year Project."

"Untuk kos awak ni, awak ada 12 subjek yang awak kena habiskan dalam beberapa tahun lah. Misalnya sebagai contoh, sem ini awak nak ambil 4 subjek. Terpulang." sambungnya staff itu lagi.

"Saya galakkan student dekat sini, paling banyak pun 3 sahaja takut korang tak boleh nak carry. Jadi, ini borang untuk kamu pilih 3 subjek yang kamu nak."

Borang itu kini bertukar tangan. Daria memerhati setiap subjek yang diberikan padanya. Time Management, Office Management, History Of Beginner dan banyak lagi.

"Kami galakkan untuk permulaan, kamu ambil tiga subjek ini dulu supaya nanti senang kamu nak belajar subjek yang lain. Jangan risau, semua subjek lain berkait juga bagi memudahkan pembelajaran kamu."

Daria mengangguk faham. Dia mulai memilih subjek yang telah disarankan oleh staff itu. Setelah selesai, dia mula bergerak ke luar kawasan pendaftaran itu untuk mengambil angin.

Dia duduk di bangku yang tersedia di luar lalu tangannya laju mengambil telefon bimbit yang berada di dalam poketnya lalu menelefon ibunya, Suri.

"Ibu! Adik dah daftar." katanya teruja sambil menggoyangkan kedua belah kakinya. Dia menyambung perbualan itu tanpa menghiraukan keadaan sekeliling. Begitu tak sabar dia ingin memulakan pembelajarannya nanti.

FOREVER YOUWhere stories live. Discover now