(2)

275 16 1
                                    

"Bye Daria, Aisyah. Jumpa esok dekat kolej." kata Sofea dari jauh. Mereka pun berpisah ke blok masing-masing untuk balik ke rumah.

"Daria, erm jadi aku kena panggil kau akak la kan?" soal Aisyah.

"Tak payah, kau kan housemate aku. Aku okay jela, tak payah akak-akak." jawab Daria sambil menekan punat lif naik ke atas.

"Aku 19 do, beza jugak tu umur kita."

"Aisyah, aku kata tak payah. Kau ni-" ayatnya terhenti apabila melihat Ikhmal dan Afiq yang baru sahaja sampai.

"Eh satu blok ke? Wahh." tegur Ikhmal sambil merapati Daria. Entah kenapa suka pula dia menggangu gadis itu.

"Korang level berapa?"

"Level 7. Korang?" tanya Aisyah setelah menjawab persoalan Ikhmal.

"Sama level pulak tu. Memang berjodoh la kita ni Daria." Ikhmal menyiku lengan milik Daria. Gadis itu hanya membalas dengan senyuman lalu masuk ke dalam lif.

Ikhmal melambai pada Daria sebelum masuk ke dalam rumahnya. Pintu ditutup lalu dikunci, lelaki itu menuju pula ke arah Afiq ysng sedang meneguk air mineral.

"Fiq, Daria tu comel la! Dia cantik do Fiq, kau tak berkenan ke do?" soal Ikhmal sambil duduk di hadapan Afiq. Afiq bangun dari duduknya lalu berlalu ke bilik.

"Oi Fiq! kau palau aku ek?" jerit Afiq dari dapur.

"Pape jelah Mal." kata Afiq sebelum masuk ke dalam biliknya. Baju yang dipakainya dicampakkan ke dalam bakul kotor. Laptop di atas mejanya itu dibuka lalu dia membuka pesanan dari abangnya.

"Fiq, tolong settel portfolio untuk projek 21 haribulan punya boleh? nanti i belanja you kereta, mwahh" - Adam

"Mamat ni karang.." gumam Afiq sendiri sambil tangannya laju menekan keyboard laptopnya. Nasib assignment dan kerjanya yang lain telah siap.

Panggilan masuk dari Adam terpapar pada skrin telefonnya. Afiq mengeluh seketika lalu mengangkat panggilan itu.

"Adikku, macam mana kolej?" soal Adam.

"Not bad." jawab Afiq sepatah lalu meletakkan telefon bimbitnya di sebelah laptop, speaker ditekan lalu dia menyambung menaip.

"Budak yang aku suruh tengok tu macam mana?"

"Dam, aku dah satu sem tak nampak dia. Mungkin dia ada next sem kot. Aku tak nampak apa-apa mencurigakan pun, sampai bila aku nak kena menyamar ni?" tanya Afiq.

Menjadi pelajar universiti adalah salah satu rancangan mereka untuk menangkap seorang budak lelaki yang dikatakan membuat kegiatan haram iaitu disyaki menjual budak kolej untuk mendapatkan wang.

Lebih teruk lagi menjadi pengedar senjata haram antara budak kolej itu sendiri. Budak-budak yang termakan dengan kata-kata mereka akan terlibat dengan kegiatan mereka dan terjerumus di dalam perangkap yang mereka cipta.

"Sabarlah Fiq, dah dapat budak tu kerja kau selesai la. Aku tahu kau tak minat pun dalam dunia macam ni, tapi nak buat macam mana. Kau adik aku, ehek." kata Adam.

"Bapak kau. Kau ingat senang ke nak menyamar jadi budak kolej? Kena acah-acah innoncent bagai. Cepatla settlekan, aku rindu office aku." jawab Afiq.

"Alaa kau ni. Takde jumpa perempuan ke kau ni? Kau muda lagi Fiq, sweet 24, enjoy"

"Banyakla kau punya perempuan. Aku takde masa lah. Dahlah, aku nak siapkan kerja aku. Chaw." panggilan dimatikan lalu dia menyambung kerjanya yang tergendala.

Sekali lagi telefon lelaki itu berdering. Kali ini nama Sofea terpapar pada skrin telefonnya. Afiq memandang lama skrin itu sebelum menjawab panggilan itu.

"Ha kenapa Sofea? Aku ada tertinggal barang ke apa ke?" soalnya.

"Afiq, jom jumpa kejap." ajak gadis itu.

"Err tapi aku sibuk sikitla, kau ajakla si Mal manatau dia free. Aku tak free malam ni, sorry au."

"Please.. aku perlukan kau."







*****








Afiq duduk di bangku taman sambil menunggu kedatangan Sofea. Satu tangan melingkar pada lehernya. Lelaki itu pantas mengalihkan tangan Sofea yang berada pada bahunya.

"Sofea, kau nak apa ni?" soalnya tidak selesa.

"Why you susah nak terima i? i try to.."

"To what? Seduce me? Stop la Sofea, aku datang sini nak belajar bukan nak bercinta dengan siapa-siapa." jawab Afiq lalu bangun berdiri.

"Afiq.." Sofea cuba memegang tangannya.

"Kau mabuk, again. Jom balik, aku hantar kau balik." Afiq menarik tangan Sofea, tetapi gadis itu merentap semula tangannya daripada genggaman Afiq.

"I dah kata, i taknak."

"Aku paling tak boleh tau bau arak, adu cepatlah." Afiq menarik tangan gadis itu semula tetapi Sofea mulai memprotes sambil terbaring di atas bangku. Gadis yang separa sedar itu menghentakkan kedua belah kakinya.

"Aduh."

"Aisyah kan? Buat apa malam-malam dekat taman ni?" soal Afiq sambil mengutip beberapa botol air mineral yang jatuh.

"Aisyah, boleh tolong bawak balik sepupu kau? Dia mabuk, aku ada hal." pintanya.

"Mabuk? Aisyah tak reti." jawabnya sambil melihat keadaan Sofea yang masih terbaring.

"Aisyah papah je dia sampai rumah, dia memang tak boleh balik sendiri dah tu. Boleh?" soal Afiq lagi sekali. Aisyah perlahan lahan mengangguk.

Sebaik sahaja beredar dari taman, dia terus menghidupkan enjin keretanya setelah mendapat panggilan telefon daripada abangnya yang ingin bertemu secara tiba- tiba.

Seorang gadis melintas di hadapannya lalu jatuh tersungkur. Afiq mengeluh perlahan sambil mengetap bibirnya sebelum dia keluar daripada keretanya untuk memeriksa keadaan gadis itu.

"Sape lagi-" dia terdiam seketika.




SETELAH beberapa minit memandu, dia tiba di sebuah rumah yang agak terpencil. Rumah itulah abangnya melakukan 'kerja' tanpa pengetahuan daripada sesiapa.

"Ada apa kau suruh aku datang ni?" soalnya sambil menuju ke arah Adam yang menunggunya di hadapan rumah.

"Jap, asal tak matikan kereta? Kau bawak sape tu? Jangan cakap-" usik Adam sambil menutup mulutnya.

"Tak payah beria la Dam, dia pengsan tengah jalan. Dah kau kata urgent, aku terpaksa bawak dia sekali." jawab Afiq sambil menjeling abangnya.

"Fiq, dia penting ke bagi kau sampai kau boleh bawak dia sekali? Ke markas aku?" tanya Adam.

"Dia kawan Sofea, lagipun dia pengsan. Dia takkan tahu pape kalau kau cepat bagitau aku." jawabnya.

"Budak kolej kau 4 orang dah termakan umpan diorang. 2 orang budak baru masuk, 2 budak lama. Kau tolong tengok sape sorang budak lama tu. Batch kau ke apa?"

"Tu je?"'keluh Afiq.

"Ye Fiq. So jagalah awek kau tu elok-elok, risau terjebak." usik Adam.

"Aku dah kata dia bukan awek aku, dia kawan Sof-"

Afiq dan Adam saling berpandangan. Bunyi seperti tembakan dilepaskan yang tidak jauh dari tempat mereka.

"Fiq, angkat awek kau masuk dalam. Aku risau." arah Adam sambil matanya melilau ke kiri dan kanan. Afiq mengangguk perlahan lalu membawa Daria ke bilik atas.

FOREVER YOUWhere stories live. Discover now