amsyar's || 030

92 5 2
                                    

Aalya bergegas turun dari biliknya menuju ke pintu utama

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aalya bergegas turun dari biliknya menuju ke pintu utama.

“ Dah sampai ke? Awalnya. “ tegur Encik Azri

“ Dia mana pernah lewat, Tok’ki. Lya yang selalu lewat. “ kata Aalya dan Encik Azri sekadar tersenyum. Cucunya itu kalau sudah jatuh cinta, semuanya didahulukan saja

Aalya membetulkan sedikit selendang yang dipakai. Ini namanya, fesyen lilit asal jadi. Asalkan tak nampak tengkuk, rambut, dikira on lah!

“ Siapa datang? “ tanya Puan Azimah yang baru sahaja keluar dari biliknya

“ Kekasih hati cucu kita lah. Kata Syauqi, dia upahkan Amsyar jadi guru tuisyen Aayan. “ terang Encik Azri kepada isterinya

Tahu-tahu sajalah apa yang isterinya itu bakal komenkan. Dia tu, sekali kata tidak setuju, sampai ke penghujunglah tidak akan dia ubah pendiriannya itu.

“ Syauqi upah cikgu tuisyen? Cucu-cucu saya ni dah cukup pandai. Tuisyen tak perlu. Membazir duit saja. “ kata Puan Azimah lalu duduk di sebelah suaminya itu dengan tangan yang disilangkan di dada

Aalya hanya mendengar. Nak buka mulut, tak berani pula dia.

“ Assalamualaikum, Adiratna saya. “ sapa Amsyar yang baru sahaja keluar dari kereta Honda Civic 1.5E hitam miliknya itu

“ Eh? Sorang? Mana Han? “ tanya Aalya yang mula menjenguk-jenguk cermin tinted yang gelap itu, tercari-cari susuk tubuh Farhan yang dirindui.

Eh Eh Eh…

“ Kenapa cari Han? Rindu dia lebih dari awak rindu saya ke? “ gurau Amsyar lalu begnya di ambil

“ Kalau saya kata ya? Tiba-tiba rasa rindu Han dengan Vic lebih. Almaklum, saya jarang jumpa diorang. “ seloroh Aalya

Kalau Amsyar dah keluarkan kad untuk bermain, tak salah kalau dia balas juga kan?

Manja-manja dalam hubungan bukan baik untuk kesihatan ke, kan kan?

“ Jangan nak rindukan Han tu sangat. Dia dah berpunya. “ kata Amsyar membuatkan mata bulat gadis itu terjegil

Biar benar!

“ Awak tak payah nak buat lawak lah. “ kata Aalya. Entah kenapa susah sungguh baginya untuk menerima berita tersebut

“ Tak nak percaya sudah. Awak ingat Han tu nak kalah ke dengan saya? Saya dah berpunya, dia pun nak berpunya juga. “ kata Amsyar

Bibirnya hanya dicebikkan.

Sengaja.

Betul atau tidak info itu hanya dia yang tahu.

“ Jangan lah nak main-main! “ marah Aalya

Amsyar sekadar menjongketkan bahunya lalu menapak masuk ke dalam rumah agam itu. Kasutnya dibuka dan diletakkan di atas rak kasut yang tersedia.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 30, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

nazrin amsyar : his another half ꒰ H ꒱Where stories live. Discover now