amsyar's || 022

138 18 2
                                    

Hari ini hari Sabtu dan Aalya memilih untuk berada di rumah daripada keluar walaupun Amsyar ingin meluangkan masa dengannya namun Aalya menolak

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Hari ini hari Sabtu dan Aalya memilih untuk berada di rumah daripada keluar walaupun Amsyar ingin meluangkan masa dengannya namun Aalya menolak. Bukan dia tidak mahu, tapi otaknya tidak lepas memikirkan mengenai Victor.

Dia takut sekiranya Victor benar-benar jatuh hati dengan sikapnya. Aalya hanya ingin mencabar dan bermain namun lelaki itu ambil serius atas segala tindakannya.

Sejak semalam, sejurus sahaja dia selesai solat maghrib, dia mendapat mesej dari Victor. Tidak sangka lelaki itu sungguh berani untuk mesej dirinya.

" Nak mesej dia ke tak eh… " kata Aalya memandang telefonnya yang elok terletak di atas kat dengan skrin telefon yang masih menyala

' Victor Daniel ' nama yang disimpan

Aalya mula mengambil telefon pintarnya lalu tangannya ligat menaip.


Good morning, handsome.

It’s quite early isn’t it? i’m just missing your presence.


Dia masih perlu teruskan misinya untuk menundukkan 'Mr Arrogant' yang ditakuti itu. Sudahlah semalam Victor memalukannya dengan tindakan jejaka itu sendiri. Habis kaku dibuatnya. Sedikit pun dia tidak mampu bersuara. Hari ini, biarlah dia yang balas dendam. Perempuan tidak boleh kalah!

Sekali-sekala dia membuka aplikasi whatsapp itu. Apa yang dia perhatikan… Hanya blue tick yang menjadi tatapan mata.



Dah penat ke nak layan I?

Giving up that easily?



Bengang juga lah Aalya tatkala Victor hanya membaca mesejnya dan sesekali pun tidak berura-ura untuk membalas.

Ting !




Aku penat layan kau?

Sejak bila pula aku nak layan kau?

Haven’t I told you before, buang masa aku je nak luangkan masa dengan perempuan macam kau ni.

Atau… kau yang beria nak layan aku? Mantap ke servis yang kau akan kasi tu?




Mendidih juga darah Aalya membaca mesej yang dibalas oleh Victor. Dia ingat Victor sudah jatuh ke tangannya namun tidak sama sekali… skrin telefon itu mula ditekan dengan kuat, sebagai tanda geram dan marah.

“ Kurang ajar! “




You’ll never know if you never try, Victor Daniel.

nazrin amsyar : his another half ꒰ H ꒱Where stories live. Discover now