" Terima kasih banyak-banyak, Aalya sebab sudi tolong ustazah. " Kata Ustazah Hamidah
Aalya sekadar memberikan senyuman terpaksanya. Bukan dia tidak mahu, namun dia agak sibuk dengan banyak urusan yang perlu diselesaikan di kolej.
Tapi kalau dah orang minta tolong, ikutkan sajalah. Mana tahu esok lusa, kita pula perlukan pertolongan dia.
" Budak-budak datang tak harini? " Tanya Aalya kepada Ustazah Hamidah
" Ada, ustazah paksa datang. Ada dekat bawah sana. " Balas Ustazah Hamidah lalu Aalya mengangkat kakinya keluar dari bilik guru namun langkahnya terhenti setelah matanya mendapati seseorang memperhatikannya
' Salah pandang kot ' mata Aalya memerhati pintu yang sudah tertutup rapat
" Aalya, jom. Semua dah ada dekat bawah. " Kata Ustazah Hamidah, memberhentikan lamunan Aalya
Aalya sekadar menganggukkan kepalanya dan kakinya melangkah satu demi satu turun ke anjung sekolah itu.
" Zahra, kumpulkan semua ahli dekat sini. " Arah ustazah Hamidah kepada seorang gadis kecil yang memakai tudung sekolah berwarna ungu.
Tak lama selepas itu, lebih dari 20 pelajar perempuan duduk di hadapan Aalya dan Ustazah Hamidah. Semua tugas kini diambil alih oleh Aalya.
" Komander kawad, siapa? " Tanya Aalya memerhati setiap seorang dari pelajar-pelajar itu
Mereka hanya mampu memandang antara satu sama lain sebelum seorang dari mereka menjawab pertanyaan Aalya.
" Tadi dia ada, lepastu dia hilang. " Katanya
Mata Aalya mulai tajam. Memandang setiap seorang dari mereka dengan mata helangnya. Aalya memang tak suka sekiranya orang membazirkan waktunya menunggu.
" Ustazah suruh berkumpul pukul berapa? " Tanya Aalya
" Pukul 2:00. " jawab mereka
" Jadi? Perlu merayap? " Tanya Aalya
Sesetengah dari mereka mengenai Aalya. Siapa tak kenal dengan anak pengetua sekolah yang juga merangkap ketua pelajar sewaktu dia di tingkatan lima dulu. Bukan itu sahaja, Aalya juga merupakan ketua kawad bagi pasukan Puteri Islam dan dia berjaya membawa naik nama Pasukan itu hingga ke peringkat kebangsaan.
Tambahan pula, Aalya seorang yang ramah lagi kan tegas. Semua orang yang menegurnya, pasti akan dibalas dengan ceria namun, sekiranya dia diberi tanggungjawab dan amanah, dia akan pikul dengan serius dan tidak bermain sama sekali.
" Ustazah ada kerja. Dengar cakap kak Aalya ye. Kamu semua beruntung sebab dia nak mengajar kamu semua kawad. " Kata Ustazah Hamidah lalu beredar meninggalkan Aalya dengan pasukannya
Aalya menarik nafas dalam…
' Jangan garang sangat, lari budak-budak ni nanti. ' kata Aalya di dalam hatinya
YOU ARE READING
nazrin amsyar : his another half ꒰ H ꒱
RomanceNazrin Amsyar | Aalya Syahmina " Sejak awal sudah diingatkan, risiko besar perlu diambil sekiranya hubungan itu diteruskan. Namun siapa tidak kenal dengan Aalya Syahmina. Kalau dia katakan ya, itulah penghujung katanya. Kalau dia inginkan sesuatu...