amsyar's || 004

251 32 1
                                    

Amsyar membetulkan tali leher hitam yang dipakai di lehernya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Amsyar membetulkan tali leher hitam yang dipakai di lehernya.

" Dah kemas dah. Kau nak tunjuk dekat siapa pakai segak segak macam tu? " Tanya Farhan dengan senyuman sinis

" Untuk budak-budak aku. " Balas Amsyar dan Farhan sekadar membuat memek muka menyampah

Rambut lebatnya dibetulkan menggunakan jari jemarinya biar nampak kemas. Seorang guru perlulah menunjukkan imej yang terbaik di hadapan anak-anak muridnya untuk dijadikan contoh.

" Jom. Nanti kita lewat. " Kata Farhan dan Amsyar mengangguk sebelum telefon pintarnya diambil lalu mereka keluar dari tandas guru itu

" Cikgu! Papa- eh silap... Encik Syauqi cari cikgu berdua. " Kata Aayan

Bila dah ayah sendiri jadi guru besar, kadang-kadang dia tersasul juga.

Amsyar dan Farhan menganggukkan kepala lalu berjalan menuju ke pintu pagar utama.

Sebuah bas telah tersedia menunggu dan semua anak-anak murid yang terpilih untuk menyertai lawatan pada kali ini pun sudah bersiap sedia.

" Maaf cikgu, kami lewat. " Kata Amsyar dengan penuh sopan dan badannya ditundukkan sedikit sebagai tanda hormat

" Saya ingatkan cikgu-cikgu berdua dah hilang dari radar tadi. Nak kata tak datang, saya nampak je kereta tu elok terparkir dekat sana. " Kata Encik Syauqi sambil menunjukkan ke arah kereta Audi R8 yang berwarna silver milik Farhan itu

Amsyar dan Farhan ketawa kecil sebelum mereka memandang ke arah Aayan yang masih lagi belum beratur di barisan yang sepatutnya. Dia ingat dia tu anak cikgu, dia akan dapat special treatment ke? Memang tak lah!

" Aayan. Buat apa dekat sini? " Tanya Encik Syauqi kepada anak bongsunya itu

" Jadi bodyguard papa. Kot-kot tiba-tiba ada wartawan serang. " kata Aayan dan dia mula berdiri tegak. Dah lagak macam seorang askar

Buk!!

" Jangan nak mengada. Pergi beratur sana. " Kata Encik Syauqi lalu Aayan mencebik sebagai tanda tak puas hati

Encik Syauqi sekadar menggelengkan kepala melihat telatah Aayan yang memang bukan-bukan sepanjang masa. Tu baru Aayan, belum lagi karenah Aalya yang boleh tahan sama.

" Comel. " Puji Amsyar

" Itu baru anak lelaki saya. Cikgu masih belum jumpa anak sulung saya lagi. " Kata Encik Syauqi dengan senyuman yang penuh makna sebelum dia menuju ke arah pentadbir-pentadbir yang lain, meninggalkan Farhan dan Amsyar di luar, menguruskan pelajar-pelajar lain







━━━━━━







Bas yang membawa pelajar-pelajar dari sekolah berprestij itu berhenti di hadapan dataran sebuah Kolej Tingkatan Enam. Para pelajar diminta keluar dan berbaris. Semuanya berumur 17 tahun di mana mereka bakal menduduki SPM pada tahun ini.

" Macam sekolah biasa jugak. " Kata Farhan sebaik sahaja dia turun dari bas

" Nama je dinaiktaraf ke kolej. Sekolah ni khas untuk semua pelajar Tingkatan Enam sahaja. " Kata Amsyar dan Farhan sekadar mengangguk

Beberapa orang ahli majlis pelajar yang ditugaskan membawa pelajar-pelajar dari itu ke dewan. Manakala, para pentadbir dan guru-guru pula dibawa ke bilik mesyuarat untuk menjamu juadah kecil sebelum majlis dimulakan.

" Ni kolej kakak kau eh? " Tanya Razin kepada Aayan yang baru sahaja melabuhkan punggungnya di kerusi

" Haah. Kakak aku Vice President tahun ni. Beza jarak dia dengan presiden tiga undian je! " Cerita Aayan

Bangga sungguh dia dengan tahap pencapaian kakaknya. Walaupun mereka kerap bergaduh, kerap mengusik sehingga salah seorang wajib menangis, namun merekalah yang sentiasa menyokong sesama sendiri.

" Uish, mesti kakak kau popular kan! Dia dah ada teman lelaki tak? " Tanya Razin

" Single but not available! " Kata Aayan

Perbualan mereka terhenti tatkala mic diketuk beberapa kali. Pandangan semua orang tertumpu ke arah pengacara majlis yang sudah bersiap sedia untuk memulakan tugasnya.

Sepanjang malis berlangsung, Aalya dari tadi berada di belakang dewan, bersedia untuk apa-apa pertolongan yang diperlukan oleh pasukannya.

" Duduklah. Dari tadi you jalan sana-sini. " Kata Iz lalu sebuah kerusi plastik diberikan kepada Aalya

Sungguh... Dia rasa pelik dengan perangai Iz yang tiba-tiba saja baik dengannya. Kalau ada majlis, mereka berdua takkan bercakap walau sedikit. Masing-masin buat kerja dan tugas sendiri.

" Nantilah. I kena lagi ucapan kejap lagi. " Kata Aalya

Setiap kali ada majlis, Aalya memang tidak akan pernah duduk walau sesaat. Ada saja kerja yang perlu dilakukan walaupun bukan tugasnya. Disebabkan itu, semua anak-anak buahnya akan berasa selesa dan senang hati dengan Aalya. Sedikit pun dia tidak pernah berkira.

" Seterusnya, saya menjemput Naib Presiden Kolej, Aalya Syahmina Syauqi Adam untuk memberikan ucapan, mewakili para pelajar kolej. "

Sebaik sahaja dia dengar namanya disebut, Aalya terus membetulkan blazernya lalu kakinya mula mengorak langkah.

" Aalya... "

Aalya menoleh dan Iz menaikkan tangannya ke awning tudung Aalya lalu dia membetulkannya sedikit.

" Chill. " Katanya lalu mengukirkan senyuman

Pelik!







━━━━━━







Amsyar yang dari tadi tidak memberikan tumpuan kepada majlis tersebut terus memberhentikan segala apa yang dia lakukan tatkala nama seseorang yang disebut menarik perhatiannya.

' Aalya Syahmina Syauqi Adam... ' ulangnya di dalam hati

Matanya terarah kepada susuk tubuh seorang gadis dengan senyuman manis yang terukir di bibir, berada di atas pentas dan bersedia untuk memberi ucapan.

" Mic test... "

Mata Amsyar tak lepas dari wajah Aalya.

' Cantik... ' itu apa yang dia mampu katakan

' Memang cantik... Kalaulah dia menjadi milikku... '






-ℕ 𝔸 ℤ ℝ 𝕀 ℕ 𝔸 𝕄 𝕊 𝕐 𝔸 ℝ-

━━━━━━ ❝ bukan main lagi Encik Amsyar kita ye nak-anak. RAWR!! ❞

nazrin amsyar : his another half ꒰ H ꒱Where stories live. Discover now