amsyar's || 009

225 27 1
                                    

     Hari Sabtu menjelang tiba, hari yang ditunggu-tunggu oleh Aalya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

     Hari Sabtu menjelang tiba, hari yang ditunggu-tunggu oleh Aalya. Inilah hari yang membolehkan dia untuk berehat sepuas-puasnya sebelum hari Isnin kembali menyibukkan dirinya.

" Arghh selesanya! " Kata Aalya lalu badan itu dihempas ke atas katil bersaiz Queen yang baru sahaja ditukar cadar dan comforter.

Bantal peluknya diambil lalu dipeluk erat. Badannya digulingkan di atas katil empuk itu sebelum senyuman terukir di bibirnya.

" Kenapa aku rindu dia… " kata Aalya dengan pipi yang mulai merah

" Nazrin Amsyar… " ucapnya lagi

Raut wajah jejaka itu bermain di fikirannya. Suara garau lagikan dalam terngiang-ngiang di telinganya.

Tok Tok

" Kak! Mama suruh beli barang! "

Aalya terus terduduk lalu langkahnya longlai ke arah pintu biliknya yang berkunci.

" Apa kau nak? " Tanya Aalya, dingin. Memandang wajah adik lelakinya yang selamba memandang ke arahnya

Nak termenung ingat crush pun susah…

" Mama suruh belikan barang. Papa bawa balik tetamu. " Kata Aayan

Aalya mula mencebik. Bukan dia tidak mahu tolong ibunya, namun dia ni jenis yang susah nak keluar rumah. Kalah hari cuti, dia lebih suka berkurung di dalam biliknya dan membaca novel-novel miliknya berulang-ulang kali.

" Mama cakap, kalau kau tolong mama, mama bagi duit kau beli novel dekat Popular. " Kata Aayan lagi

Mata Aalya mulai bercahaya. Sebut sahaja ' novel ' akan semua kerja dia lakukan.

" Kau ikut kan? Minta Pak Kasim sediakan kereta sekarang. Bagi aku masa 10 minit untuk siap. " Kata Aalya lalu pintu biliknya ditutup serta-merta

" Kuang asam punya kakak… novel punya pasal, semua dia sanggup. " Kata Aayan lalu menuju ke biliknya bagi mengambil jaket










━━━━━━









     " Aalya dan Aayan nak ke mana-mana lagi ke? " Tanya Pak Kasim, yang merupakan pemandu peribadi keluarganya yang telah berkhidmat selama tujuh tahun

Pak Kasim bukanlah pemandu tetap. Dia hanya bekerja sekiranya perlu. Puan Amanina dan Encik Syauqi pandai membawa kereta masing-masing jadi, mereka tidak memerlukan pemandu tetap. Pak Kasim hanya datang bekerja sekiranya perlu sahaja.

Aalya belum mengambil lesen kereta atas sebab, sebaik sahaja dia tamat Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM ) dia terus mencari kerja dan baru sahaja dia hendak mengambil kursus lesen kereta, dia mendapat tawaran sambung belajar.

Nasib sajalah mereka mempunyai pemandu peribadi. Kalau tidak, mereka perlu ke pasar raya dengan Grab atau tunggu Encik Syauqi pulang.

" Kami nak ke Ikea sekejap. Boleh Pak Kasim hantar barang ke rumah dulu? Takut nanti mama tak sempat nak masak untuk tetamu. " Kata Aalya dengan wajah bersinar-sinar

nazrin amsyar : his another half ꒰ H ꒱Where stories live. Discover now