amsyar's || 024

70 8 1
                                    

Baju kebaya moden berwarna hijau tua itu ditilik beberapa kali

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Baju kebaya moden berwarna hijau tua itu ditilik beberapa kali.

" Mama, biar betul mama nak Lya pakai baju ni? " Tanya Aalya kepada Puan Amanina yang sedang menggosok tudung shawl yang berwarna putih

" Apa yang tak betulnya. Takkan Lya nak pakai baju Lya yang semua warna kusam. Dah macam hadiri majlis perkuburan. " Kata Puan Amanina

Aalya hanya mampu mencebik. Tahu-tahulah kebanyakkan bajunya semua berwarna hitam dan kelabu. Nak buat macam mana, itulah warna kegemarannya. Hitam melambangkan swag and exclusive.

Tambahan pula, Aalya suka berpakaian boyish style di mana bajunya hampir semua berasaskan baju t-shirt, hoodie dan sweatshirt. Bajunya yang dipakai untuk menghadiri kolej pun dia pinjam baju blaus milik Puan Amanina.

" Baju siapa mama pinjam ni? Lya tak pernah nampak pun baju ni ada. " Tanya Aalya yang masih musykil mengenai baju kebaya tersebut

" Baju mama lah. Masa muda dulu, waktu papa kamu datang merisik mama, inilah baju yang mama pakai. Sekarang ni mama turunkan dekat Lya pulak. " Kata Puan Amanina dengan senyuman lebar. Mungkin teringat akan zaman mudanya dulu

Manakala Aalya pula telah menjongketkan sebelah keningnya.

" Ma, kita nak pergi jumpa keluarga Naz je tau. Bukannya ada merisik ke, majlis tunang ke. Setakat nak jumpa je. Pakai baju kurung biasa sudahlah. " Kata Aalya lagi

Dia bukan tidak mahu memakai baju tersebut cuma, dia jarang berpakaian baju sebegini jadi agak kekok baginya untuk meragakan baju seperti itu.

" Pakai je lah. Banyak pula songeh dia. " Kata Puan Amanina

Aalya hanya mampu pasrah. Baju itu diambil lalu dibawa masuk ke dalam bilik air. Itu baju baju, belum lagi tudung shawl yang perlu dibelit sana sini sampai tercekik anak tekak.









━━━━━━








Aalya menilik dirinya buat kali terakhir di cermin sebelum dia menarik nafas dalam.

" Let's go. " Katanya lalu keluar dari biliknya dan menapak satu demi satu tangga rumah agam itu

Mama, papa, Tok Ki serta adiknya telah sedia menanti di ruang tamu. Barangkali mereka memberikan masa kepada Aalya untuk bersiap. Almaklumlah, ini kali pertama dia akan berjumpa dengan keluarga Amsyar.

" Ma, Pa… " panggil Aalya

Encik Syauqi dan Puan Amanina menoleh lalu memandang anak sulung mereka dengan senyuman.

" Cantiknya anak mama! " Kata Puan Amanina lalu meluru ke arah Aalya dan membelek setiap segi bahagian badan anaknya itu

Encik Syauqi pula tersenyum manis. Muka ketatnya hilang tatkala melihat anaknya bahagia. Dia tahu, Aalya sudah cukup menderita dan dia berharap Amsyar tidak memberi harapan dan bermain dengan perasaan anaknya ini.

nazrin amsyar : his another half ꒰ H ꒱Where stories live. Discover now