amsyar's || 006

257 31 2
                                    

" Sikit gila kau makan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


" Sikit gila kau makan. Kau kena makan ubat tau lepasni. Lepastu kau nak mengajar pulak. Mana cukup tenaga. " Bebel Farhan kepada abang kembarnya, Amsyar

" Perut aku, badan aku, suka hati akulah. " Balasnya

" Kau tu sakit, Naz. Aku nak kau sembuh. " Kata Farhan

" Penyakit ni tak boleh disembuhkan. " Jawab Amsyar

Farhan hanya menggelengkan kepala.

" Bukan tak boleh, tapi kau yang tak nak. " Katanya

Amsyar yang memandu kereta hanya mendiamkan diri. Matanya kembali fokus ke arah jalan raya. Sedikit pun dia tidak ambil kesah mengenai apa yang dikatakan oleh Farhan sebentar tadi.

" Balik nanti aku drive. " Kata Farhan, memecah kesunyian

Mereka baru sahaja lepas pulang dari solat Jumaat. Walaupun waktu persekolahan sudah tamat, sebagai guru untuk pelajar tingkatan lima, kelas tambahan masih diadakan. Almaklum, ujian SPM akan berlangsung tak lama lagi.

" Vic dah sampai sekolah ke? " Tanya Amsyar. Walaupun dia tak rapat dengan Victor, namun dia sudah menganggap Victor sebagai abangnya sendiri

" Mestilah dah. Dia bukannya solat Jumaat pun. " Kata Farhan

Kereta Honda Civic 1.5E berwarna hitam, milik Amsyar diparkir di kawasan kereta guru. Amsyar ke bonet kereta, menyimpan songkoknya. Rambut tebalnya dibetulkan dan disikat sebelum minyak wangi disemburkan di leher dan pergelangan tangan.

" Naz... " Farhan mencuit bahu Amsyar

Amsyar terus menoleh ke arah adik kembarnya dengan kening yang dijongketkan.

Farhan menunding jarinya ke arah pintu pagar utama, penampakan seorang gadis berbaju kurung berwarna biru muda berdiri tegak di depan kawasan sekolah itu.

" Itu bukan- " kata Farhan sebelum Amsyar pantas memotong percakapannya

" Aalya Syahmina Syauqi Adam. "






━━━━━━





" Kau masuk kelas dulu, Han. " Arah Amsyar

Farhan sedikit pelik namun dia mengambil barangnya lalu kakinya mula menapak masuk ke dalam bangunan sekolah meninggalkan Amsyar yang masih di kawasan parkir kereta guru.

Mata Amsyar kemudian kembali tertatap pada Aalya. Gadis itu mula menapak satu per satu masuk ke dalam kawasan sekolah. Begitu juga Amsyar, kakinya mula menuju ke arah gadis itu.

" Assalamualaikum. " Sapanya

Aalya menoleh dan mendongak memandang wajah Amsyar. Tinggi... ya, memang jauh jarak perbezaan ketinggian mereka.

" Waalaikumussalam, cikgu... "

" Nazrin Amsyar. " Jawabnya

" Maaf, saya tak cam mana satu Cikgu Amsyar mana satu Cikgu Farhan. " Kata Aalya lalu kepalanya digaru

Amsyar ketawa kecil. Tak pelik pun, ini bukan kali pertama orang tak boleh nak bezakan antara dia dan Farhan. Kembar seiras, sedikit perbezaan pun tiada.

" Aalya buat apa dekat sini? Nak jumpa Encik Syauqi ke? " Tanya Amsyar dengan ramah

Entah macam mana lah Encik Nazrin Amsyar yang beku ni boleh cair depan gadis seperti Aalya...

" Bukan, saya nak jumpa Ustazah Hamidah. Ada hal yang perlu dibincangkan. " Jawab Aalya

Amsyar sekadar menganggukkan kepalanya lalu dia memberi laluan kepada Aalya.

" Silakan, saya boleh hantarkan awak ke bilik guru. " Kata Amsyar

Aalya terdiam sejenak.

" Ada perubahan ke di sekolah ni sampai saya perlukan pemandu pelancong? " Kata Aalya lalu dia tergelak kecil

Amsyar hanya senyum sehingga menampakkan lesung pipi di kedua-dua belah pipinya.






━━━━━━






" Wah! Dah tak macam dulu! " Kata Aalya dengan kagum

Sungguh, pemergiannya selama dua tahun banyak merubah suasana dan kedudukan sekolah ini.

" Dua tahun. Peruntukkan banyak diberi oleh pihak kerajaan untuk mengubahsuai sekolah ini. Sekolah berprestasi tinggi, mestilah tampak gah di mata orang luar. " Komen Amsyar

Sungguh tersusun bait-bait kata jejaka itu. Tidak peliklah, dia merupakan seorang guru Bahasa Melayu. Sudah pasti dia fasih dalam penggunaan bahasa dengan betul tanpa cacat-cela.

" Eh! Cikgu Amsyar tak ada kelas ke sekarang ni? Maaf, kalau saya mengambil masa Cikgu. " Kata Aalya

" Kelas? Ada, tapi bukan sekarang. Bukan selalu saya akan dapat jumpa awak. " Balas Amsyar

Aalya terdiam seketika...

' Bukan selalu saya dapat jumpa awak. '

Ayat itu membuatkan jantung gadis itu berdegup kencang. Apa yang dimaksudkan oleh Amsyar? Adakah kata-kata itu mempunyai maksud tersirat atau hanya sebagai tanda perkenalan mereka? Ataupun, adakah dia masih ingin menemuinya pada masa akan datang?

Tap Tap Tap

" Naz... "

Amsyar menoleh kepalanya. Matanya kini tercatap pada tubuh adiknya, Farhan.

" Kelas dah nak mula. " Kata Farhan dengan muka dingin, memandang Aalya

" Kau masuk dulu. Aku ikut dari belakang. " Balas Amsyar sebelum pandangannya kembali ke arah Aalya

" Saya kena pergi. " Kata Amsyar dan Aalya hanya menganggukkan kepalanya

" Sampai kita berjumpa lagi...Adiratna. Assalamualaikum. "






-ℕ 𝔸 ℤ ℝ 𝕀 ℕ 𝔸 𝕄 𝕊 𝕐 𝔸 ℝ-

━━━━━━ ❝ maaf lah lewat sikit update. Masa tidak mengizinkan huhuhu 😢 😭

nazrin amsyar : his another half ꒰ H ꒱Where stories live. Discover now