“ Aayan Shafiq Bin Syauqi Adam! “Bergema jeritan nyaring milik gadis itu. Habis merah padam mukanya. Namun, nama yang dijerit sama sekali tidak memunculkan dirinya.
“ Kau nak biarkan aku jadi orang-orang ke apa dekat sini ha? “ Jeritnya lagi
Susuk tubuh seorang lelaki tinggi turun dari tangga rumah agam itu. Siapa lagi kalau bukan Aayan Shafiq Syauqi Adam.
“ Selagi aku tak menyalak, selagi tu kau tak turun. “ Kata Aalya
“ Kau memang tak menyalak. Takde pulak aku dengar kau woof woof tadi. “ Balas Aayan
Memang menyakitkan hati betul kalau dengar ayat balas dari Aayan. Siapa yang tidak kenal dengan dirinya itu pasti sudah lama terasa hati.
“ Cepat! Sepatutnya anak murid tunggu cikgu, bukannya cikgu tunggu anak murid! “ Marahnya
Aayan menggalas beg galasnya sebelum mimik muka diberikan. Menyapah!
“ Cikgu Amsyar dah sama taraf dengan kau. Dia dah jadi abang aku. “ Kata Aayan dengan bangganya
“ Ulang ya, wahai kakak kesayangan, Abang Amsyar, bukan Cikgu Amsyar. “ Kata Aayan
“ Abang. Geli aku. “ Balas Aalya
“ Lagipun, dia bakal jadi abang ipar aku. KIta kenalah bermesra-mesraan. “ Kata Aayan lagi
“ Celah mana abang ipar kau. “ Balas Aalya
“ Nak kata rabun, cermin mata pun tak pakai. Nak kata buta, boleh nampak lagi. Yang kau ni lembab sangat tu kenapa? Tak jelas lagi ke yang masing-masing dah suka? “ Kata Aayan lalu berlalu menuju ke kereta milik keluarganya itu
Aalya kaku di tempatnya. Ayat yang dikatakan oleh Aayan tadi bermain-main di fikirannya. Benarkah?
“ Kak! Kau memang nak jadi orang-orang halau burung gagak kat situ ke? “
━━━━━━
“ Assalamualaikum! “
Salam diberi, dan pintu rumah teres dua tingkat itu terbuka luas.
“ Waalaikumussalam. Masuklah Aayan, Aalya. “
Aalya menenung wajah lelaki itu dengan penuh minat. Kalau dah suka, gempa bumi, tsunami, tanah runtuh, puting beliung… memang takkan sedar sampai sudah!
YOU ARE READING
nazrin amsyar : his another half ꒰ H ꒱
RomanceNazrin Amsyar | Aalya Syahmina " Sejak awal sudah diingatkan, risiko besar perlu diambil sekiranya hubungan itu diteruskan. Namun siapa tidak kenal dengan Aalya Syahmina. Kalau dia katakan ya, itulah penghujung katanya. Kalau dia inginkan sesuatu...