amsyar's || 029

71 7 4
                                    

” Betul awak nak lepaskan promosi buku tu macam tu je? 70% off kot

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


” Betul awak nak lepaskan promosi buku tu macam tu je? 70% off kot. “ kata Amsyar lalu memandang gadis kesayangannya yang sedang menayangkan muncung itik sepanjang 5 inci itu

“ Senyaplah! “ marah Aalya lalu kedua-dua telinganya ditutup dengan tangannya. Tak nak lah dia dengar hasutan lelaki itu!

Amsyar ketawa kecil. Bukan dia tak tahu, Aalya itu hantu buku, gila buku. Lagi-lagi novel. Pantang nampak ayat PROMOSI. Laju saja kakinya melangkah masuk. Duit ada ke tak ada, semuanya ditolak ke tepi. Asalkan kemahuannya dituruti. Ish ish ish…

70% off. Selalunya harga novel berapa ringgit eh? “ tanya Amsyar, sengaja ingin mengusik gadis itu

Almaklumlah, dia ni bukannya kaki novel. Baca buku pun jarang. Kecuali kalau buku-buku ilmiah.

Nerd!

“ Ish! Bisinglah awak! Awak pulak jalankan kerja syaitan menghasut saya! “ marah Aalya

Tersenyum kecil jejaka itu tatkala melihat gelagat comel yang ditunjukkan oleh Aalya.

Mereka terhenti di kawasan tengah pusat beli belah itu. Matanya terarah ke bawah. Dari tingkat tiga itu jelas dia nampak ekspo jualan buku yang hangat orang orang masuk, menghabiskan duit, membeli berpuluh-puluh buku. Promosi kaw-kaw, siapa je tak nak lepaskan peluang kan?

“ Rasa macam nak pergi sana balik lah. “ usik Amsyar

Aalya memberinya jelingan maut. Kalau Amsyar pergi, dia kena ikut juga. Aayan sudah lesap entah ke mana. Aalya ni bukannya berani sangat nak melilau di dalam pusat beli-belah belah yang besar agam ini. Maunya sesat nanti. Tak pasal-pasal kena laporkan diri dekat pusat perkhidmatan pelanggan.

‘ Perhatian, kepada semua pelanggan, seorang wanita dipercayai sesat dan dia mencari seseorang yang bernama Encik Nazrin Amsyar Nazri Shah. Kepada pemilik nama tersebut, sila laporkan diri anda di pusat perkhidmatan pelanggan. Sekian, terima kasih. ‘

Hah… jangan salahkan dia kalau tiba-tiba kes kehilangan orang dewasa terjadi!

Tell me, Adiratna. Why did you run away from there, just now? “ tanya Amsyar

Belakangnya disandarkan di penghadang kaca sebelum tangan kekarnya disilangkan di dada bidangnya. Matanya melirik ke arah Aalya yang masih memandang bawah ke arah ekspo jualan buku itu.

I’m not running away. I’m just preventing myself. “ kata Aalya

Preventing yourself? From what? “ tanya Amsyar

From those tempting books. “






















Sebaik sahaja kereta Honda Civic 1.5E itu diparkir di tempat letak kereta bawah tanah pusat beli belah itu, mata Aalya terus tercantap pada bunting besar tertera BOOK SALE PROMOSI HUJUNG TAHUN!

nazrin amsyar : his another half ꒰ H ꒱Where stories live. Discover now