amsyar's || 011

290 29 8
                                    

" Lama lagi ke, Cikgu Amsyar dengan Cikgu Farhan dekat sini? " Tanya Aalya kepada Puan Amanina yang sibuk mengelap pinggan yang basah lalu diletakkan di rak-rak pinggan yang disediakan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

" Lama lagi ke, Cikgu Amsyar dengan Cikgu Farhan dekat sini? " Tanya Aalya kepada Puan Amanina yang sibuk mengelap pinggan yang basah lalu diletakkan di rak-rak pinggan yang disediakan

" Dah nama pun kelas tuisyen kan. Mestilah ambil masa dua ke tiga jam. " Kata Puan Amanina lagi

Ada betul juga apa yang dikatakan oleh Puan Amanina itu. Dua subjek sekaligus tuisyen untuk Aayan hari ini. Bahasa Melayu dan juga Sejarah.

" Kenapa tanya? Takkan tak suka kot bila Amsyar dengan Farhan datang... " kata Puan Amanina lalu tersenyum ke arah anak daranya itu

" Bukan tak suka, tanya je... " kata Aalya lalu bibirnya dicebikkan

" Kenapa? Risau ke kalau diorang balik awal? " Tanya Puan Amanina dengan senyuman

" Ish, nak risau buat apa. " Balas Aalya

" Risau kalau diri tu rindukan Amsyar~ " usik Puan Amanina lagi

Memerah pipi Aalya. Memang dia tidak dapat nafikan bahawa dia akan merindui jejaka itu sekiranya mereka pulang nanti.

' Obvious sangat ke yang aku dah syok dekat cikgu Amsyar sampai mama pun perasan...? ' katanya di dalam hati

" Malu lah tu! Mama nak bancuh air. Kamu gorengan karipap Frozen tu. Nanti hidang dekat pondok luar sana. Papa tengah teman Aayan belajar tu. " Arah Puan Amanina

Aalya hanya akur dan sesekali dia menjenguk dari tingkap dapur memandang ke arah pondok kecil di landskap belakang rumahnya yang terhias indah dengan kolam ikan dan bunga-bungaan.

" Kenapa dulu, masa Lya sekolah menengah, tak ada pun papa upahkan sesiapa untuk ajar Lya kelas tuisyen. Ni Yan ada pulak. " Tanya Aalya

" Macam kamu tak kenal adik kamu tu. Selagi tak dipaksa untuk belajar, main game sajalah kerja dia. Papa mesti nak jaga reputasi dia sebagai guru besar. Mestilah papa nak Yan dapat keputusan cemerlang. " Jawab Puan Amanina

Aalya dulu bukanlah seorang yang rajin dalam belajar, tapi ada jugalah dia membelek-belek buku. Itupun terpaksa.

Tapi, kalau dalam subjek sastera seperti Bahasa Melayu, Sejarah dan Pendidikan Islam, Aalya tidak pernah menghampakan sesiapa. Dia memang menguasai subjek-subjek tersebut.

Lain pula dengan Aayan yang lebih menguasai subjek sains dan matematik berbanding subjek sastera.

" Kenapa papa pilih Cikgu Amsyar dengan Cikgu Farhan untuk ajar Aayan? " Tanya Aalya. Rasa ingin tahu membuak-buak

" Kata papa, Amsyar dengan Farhan antara guru praktikal yang terbaik. Papa boleh saja nak ambil guru tetap, tapi keramaian dah ada keluarga. Mereka berdua bujang. Kalau kamu nak isi kekosongan antara dua orang tu, mama restu je. " Kata Puan Amanina

" Ish mama ni! Ke situ pula! " Marah Aalya. Namun dalam hati, dah berbunga ~









━━━━━━








nazrin amsyar : his another half ꒰ H ꒱Where stories live. Discover now