amsyar's || 026

70 7 0
                                    

‘ Kalau you nak teruskan hubungan dengan Amsyar, you kena hadap risiko besar

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

‘ Kalau you nak teruskan hubungan dengan Amsyar, you kena hadap risiko besar. Hati you kena kuat kalau you masih nak teruskan semuanya. Keadaan Amsyar bukan untuk perempuan yang lemah. ‘

‘ Dia hidap kanser paru-paru tahap dua, Aalya. ‘

Sepanjang perjalanan pulang, Aalya hanya mampu mendiamkan diri. Sedikit pun dia tidak bersuara. Matanya yang sembap jelas menunjukkan bahawa gadis ini baru sahaja lepas menangis.

Jujur, dia tidak kuat… Jujur, dia tidak mampu… Namun rasa sayang, rasa cinta yang ada buat jejaka itu menyebabkan dia memilih untuk meneruskan hubungan mereka. Dia tahu bukan mudah baginya, dan bukan mudah bagi Amsyar, namun ini semua ketentuan Allah S.W.T

Tangannya menekan butang on pada telefon pintarnya. Gambar yang terang-terang ditayangkan membuatkan air matanya kembali mengalir. Wajah Amsyar yang tersenyum itu diusap.

‘ Ya Allah, kuatkanlah hati hambamu ini. Aku lemah, hatiku rapuh.‘






















“ Sejak bila dia hidap penyakit ni? “ Tanya Aalya

Tangannya mula menggeletar. Usah dikatakan tangannya, hatinya juga turut berdegup kencang. Dia sangat risaukan Amsyar. Dia risau sekiranya perkara buruk bakal berlaku kepada kekasih hatinya itu.

“ Sejak dua tahun yang lepas. Aalya… “ Jawab Farhan

“ Dia ada buat rawatan? Masih belum terlambat. “ Tanya Aalya lagi. Dia sangat berharap agar Farhan akan memberikan jawapan positif

“ Dah banyak kali kami pujuk, Aalya… I dah pujuk, Umi dah pujuk. Tapi dia tetap menolak. Kami tak dapat nak paksa dia. Naz tu keras kepala. “ Balas Farhan

“ Pagi ni, dia banyak kali muntah. Bukan sekadar muntah biasa, tapi muntah darah. “ Kata Farhan

He’s getting worst, Aalya… “ Tambahnya lagi

Kepala Aalya ditundukkan. Farhan dan Victor faham akan perasaan Aalya sekarang ini. Siapa je tak sedih bila dapat tahu orang yang disayangi menanggun barah sakit yang sedemikian rupa. Hancur hati Aalya.Hancur tatkala dia dapat tahu akan perkara ini.

Aalya mengangkat kepalanya memandang Victor dan Farhan. Tubir matanya bertakung. Sayu Farhan dan Victor memandang Aalya dalam keadaan sebegini. Aalya menahan air matanya dari tumpah. Kuat sungguh gadis ini.

“ Kalau you nak tinggalkan dia- “ kata Victor sebelum Aalya patas memintas kata-katanya

I’ll stay. There’s still hope. I boleh cuba untuk pujuk Naz. “ Kata Aalya. Sesungguhnya dia telah bertekad di dalam hatinya, dia ingin Amsyar sembuh

nazrin amsyar : his another half ꒰ H ꒱Where stories live. Discover now