amsyar's || 018

187 18 2
                                    

“ Ya Alah, ringankanlah beban yang ada di bahuku ini

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

“ Ya Alah, ringankanlah beban yang ada di bahuku ini. Aku bukan hambamu yang kuat. Aku bukan hambamu yang mampu melawan segala dugaan yang kau berikan. “

“ Perit… Sungguh perit Ya Allah. Adakah semua ini balasan yang kau beri atas kejahilanku dulu? Adakah semua ini disebabkan dosa-dosaku yang ku lakukan dulu Ya Allah? “

Rintihnya di atas tikar sajadah itu. Air matanya berjujuran tumpah ke pipi mulus itu.

“ Bantulah aku. Bantulah hambamu ini. Aamiin, Ya Rabbal A’lamiin. “

Telekung dibuka, namun dia masih berteleku di bentangan sajadah itu, memandang ke luar jendela yang terbuka luas. Sayup-sayup angin bertiup mengena pipi.

“ Aalya, boleh Tok’ki masuk? “

Aalya cepat-cepat menyeka air matanya. Senyum diberikan kepada lelaki tua itu.

“ Masuklah. Aalya baru habis solat. “ kata Aalya lalu telekung dan sajadahnya dilipat kemas dan disangkut di ampaian

Encik Azri duduk di birai katil milik Aalya sebelum Aalya duduk di sebelah atuknya dan kepalanya direhatkan di atas bahu tua itu.

“ Tok’ki datang nak minta maaf untuk pihak Tok Nek. “ kata Encik Azri

“ Mungkin betul apa yang Tok Nek katakan… “ balas gadis itu dengan penuh sayu

“ Apa maksud Aalya? “

“ Aalya kan cucu sulung keluarga ni. Perempuan pula tu. Mestilah semuanya kena sempurna. “ Jawabnya

Tangan Aalya dipegang erat oleh Encik Azri.

“ Aalya, tak ada apa yang sempurna di dunia ini. Semuanya akan ada cacat-cela. Hanya Allah, dia yang sempurna. Kita, sebagai hambanya hanya mampu merancang dengan sempurna namun Allah yang berkuasa untuk menentukannya. “ kata Encik Azri

“ Tok’ki tahu Aalya terasa hati dengan Tok Nek. Aalya pun tahu kan Tok Nek macam mana? Dia dah kenal lama dengan keluarga Mikhael dan dia memang dah anggap Mikhael macam cucu dia sendiri. Namun sayang, Aalya bukan untuk Mikhael. “ pujuk Encik Azri

“ Kalau Aalya pun bukan jodoh Naz? “ tanya Aalya

“ Maksud Aalya? “

“ Jodoh, pertemuan semua ketentuan Allah kan? Kalau Allah takdirkan Aalya untuk mencintai dia dan bukan bersamanya? “ tanya Aalya

“ Tok’ki sokong ayat Tok Nek yang dia katakan takdir Allah boleh diubah sekiranya kita berusaha dan bertawakal. Ya, memang sudah ditakdirkan sejak di Luh Mahfuz, cerita hidup kita, jodoh kita, ajal kita. Allah tak kejam, sayang. Allah Maha Mengetahui dan Maha Mendengar. Sebab itu adanya doa. Di mana kita boleh minta macam-macam kepada Allah. Dan Allah suka kepada hambanya yang meminta. Waktu itulah dia akan nampak, betapa kita percaya akan kuasa Yang Maha Esa. “ jawab Encik Azri

nazrin amsyar : his another half ꒰ H ꒱Where stories live. Discover now