amsyar's || 007

229 30 1
                                    

     Televisyen dibiarkan terbuka… saluran demi saluran diganti, namun tiada satu pun dapat menarik hati jejaka ini

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

     Televisyen dibiarkan terbuka… saluran demi saluran diganti, namun tiada satu pun dapat menarik hati jejaka ini.

Amsyar yang baru sahaja selesai mandi mengenakan baju-t berwarna hitam berlengan pendek. Rambut yang basah dibiarkan tidak disikat dan mata yang penat dibiarkan terbuka. Sedikit pun dia tidak ingin membaringkan diri di katil empuk bersaiz Queen miliknya itu.

" Naz, kau dah makan ubat? " Tanya Farhan kepada abang kembarnya itu

" Belum. " Jawab Amsyar sepatah

Kehadiran Farhan di ruang tamu itu sedikit pun dia tidak ambil peduli. Matanya masih tercantap di skrin televisyen.

" Makan ubat, nanti umi marah. " Kata Farhan lagi yang masih memandang abangnya yang tidak berganjak walau seinci.

" Aku bukan budak kecik sampai kau nak kena ingatkan pasal ubat. " Kata Amsyar lagi

" Dahtu, kalau bukan budak-budak, pergilah makan. " Kata Farhan, dengan nada memujuk

" Nantilah. " Jawab Amsyar

Farhan melepaskan keluhan berat sebelum bangun dari duduknya. Sudah penat dia menasihati, merujuk, namun abangnya itu tetap sama. Keras kepalanya usah dikata lagi. Sesiapa yang bercakap dengannya, sudah pasti akan terasa hati dengan kedegilan dan kata-katanya yang mampu mengguris hati.

" Kalau bukan sebab umi, aku takkan paksa kau makan ubat kau tu. " Katanya lalu beredar menaiki tangga menuju ke biliknya yang berada di tingkat dua

Terasa? Mungkin. 25 tahun hidup bersama Amsyar, Amsyar banyak berubah setelah pelbagai dugaan dan masalah yang dilalui. Kadangkala dia sendiri tertanya-tanya, adakah Amsyar masih abang kembarnya?

Mata Amsyar memandang ke arah susuk tubuh tegap adiknya yang tampak sedih dan kecewa. Tak ada niat untuk berkelakuan sebegitu.

Terletus keluhan kecil sebelum kakinya bingkas bangun menuju ke dapur. Kabinet putih dibuka dan satu bilik kecil berisi ubat dicapai. Cawan kaca diambil kaku air suam diisi. Badannya didudukkan di atas kerusi sebelum doa dibaca.

" Bismillahirrahmanirrahim… "

Dua biji pil ditelan lalu air kosong tadi diteguk. Badannya disandarkan sebelum matanya terpejam rapat.Denyutan di kepala dirasai dan sakit di dada semakin menjadi-jadi.

Ya Allah, sakitnya…

" Kuatkanlah aku, Ya Allah. " Katanya lalu hembusan demi hembusan nafas dilepaskan secara perlahan-lahan

nazrin amsyar : his another half ꒰ H ꒱Where stories live. Discover now