amsyar's || 023

108 10 1
                                    

Aalya hanya mengenakan hoodie berwarna hitam dengan tudung bawal maroon

Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.

Aalya hanya mengenakan hoodie berwarna hitam dengan tudung bawal maroon. Beg silangnya diambil lalu awning tudung dibetulkan. Kakinya melangkah keluar dari bilik dengan laju sebelum langkahnya terus menuju ke pintu utama rumah.

“ Kau nak ke mana, kak? “ tanya Aayan yang menyandarkan badannya di dinding sambil tangannya disilangkan di dada dengan mata yang memandang tajam ke arah Aalya yang nampak kelam-kabut

“ Aku nak keluar kejap. “ kata Aalya

Aayan berjalan ke arah kakaknya yang sibuk memakai kasut adidas hitam yang tampak eksklusif itu.

“ Kau ada sorok sesuatu dari aku kan? “ Tanya Aayan

Aalya hanya mampu mendiamkan dirinya. Dia sama sekali tidak mahu aayan tahu mengenainya. Bukan setakat Aayan namun semua ahli keluarganya.

“ Apa yang kau sorok dari aku, kak? “ Tanya Aayan lagi

Aalya melepaskan keluhan kecil sebelum dia bingkas bangun dan berdiri tegak menghadap adiknya yang mula menunjukkan muka ketat miliknya.

“ Aku nak pergi kafe depan sekolah kau. Victor nak jumpa aku dekat sana. “ kata aalya dengan jujur

“ Cikgu Victor? “

“ Sebab? Sejak bila kau kenal dengan dia? “ Tanya Aayan

“ Yan, bukan sekarang. Aku nak cepat. “ Kata Aalya lalu dia menuju ke kereta Vellfire yang sedia menunggunya

Aalya sudah memberitahu Pak Kasim sebelum dia bersiap. Pak Kasim pula hanya menurut akan kata-kata anak majikannya itu.

“ Kau dah bagitahu papa belum kau nak keluar? “ tanya Aayan dan Aalya menggelengkan kepalanya

Aayan melepaskan keluhan berat. Puan Amanina dan Encik Syauqi baru sahaja keluar kerana mereka mempunyai urusan yang perlu diselesaikan dan mereka membiarkan anak dara dan anak teruna mereka yang sudah besar panjang itu tinggal di rumah. Oleh itu, Aalya mengambil peluang ini untuk keluar bertemu dengan Victor.

“ Jangan bagi tahu mama dengan papa yang aku keluar. Aku janji aku buat apa kau nak nanti. Kau nak aku buatkan kerja sekolah kau pun aku sanggup tau! “ kata Aalya dengan yakin

Terjongket kening Aayan dengar rayuan kakaknya itu. Tidak pernah kakaknya berkelakuan sebegini. Aayan tersenyum senget dan otakya ligat memikirkan cara untuk mempergunakan kakaknya sebaik yang mungkin… Dasar adik…

“ Aapa-apa je? “ Tanya aayan dan Aalya mengangguk

“ Pergilah. Aku backup kau. Balik nanti aku bagitahu apa yang aku nak. “ Kata Aayan

Aalya tersenyum girang lalu kakinya melangkah masuk ke dalam kereta mewah itu sebelum kereta itu keluar dari kawasan rumah banglo tersebut.









━━━━━━









Sebaik sahaja kereta Vellfire itu terparkir elok di petak kuning yang disediakan. Aalya terus membuka pintu kereta itu tanpa menunggu Pak Kassim membukanya terlebih dahulu. Nampak sangat gadis itu tidak sabar untuk berjumpa dengan Victor.

nazrin amsyar : his another half ꒰ H ꒱Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang