amsyar's || 021

212 16 6
                                    

   Aalya masih terus dengan misinya untuk mengganggu hidup seorang Victor Daniel

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

   Aalya masih terus dengan misinya untuk mengganggu hidup seorang Victor Daniel. Dia masih tidak puas untuk melayan dan menundukkan 'Mr Arrogant'  itu. Dia ingin membuktikan bahawa dia mampu untuk menjatuhkan sikap Victor yang beku ibarat ais di Antartika.


" Nak kacau Victor lagi ke? " Tanya Amsyar kepada Aalya yang sedang memandang anak-anak muridnya yang sedang menghadiri kokurikulum, perjumpaan sukan dan permainan itu

" Misi tetap perlu diteruskan. " Kata Aalya dengan matanya yang berapi-api

Amsyar sekadar menggelengkan kepalanya melihat telatah Aalya.

" Misi apa hm? Awak tu yang nak kacau dia, bukan main ada misi bagai. " Kata Amsyar lagi

" Shh! Misi ni penting! Awak sokong dari jauh je! " Marah Aalya dengan matanya yang membulat

Amsyar ketawa kecil namun dia cepat-cepat terdiam setelah mata bulat itu kembali memandangnya.

" Jangan gelak! Awak ingat senang ke nak tundukkan lelaki yang beku macam tu? " Kata Aalya lagi

Amsyar hanya tersenyum. Hanya dia yang tahu bagaimana perangai sebenar Victor di rumah. 'Mr Arrogant' yang ditakuti itu terus hapus dengan sekelip mata setelah Victor menjejakkan kaki ke rumah. Dia ibarat ada dua split personality.

Amsyar masih setia di sisi Aalya dan tidak berganjak walau sekali. Sudah banyak gosip dibualkan oleh para pelajar di sekolah itu mengenai keakraban Aalya dan Amsyar namun Amsyar hanya membiarkan saja. Asalkan dia bahagia bersama gadis ini.

Aalya kemudiannya memandang ke arah Amsyar lalu tersenyum lebar.

" Nak sesuatu dari saya lah tu, kan? " Tanya Amsyar lalu Aalya menganggukkan kepalanya seperti burung belatuk

Amsyar menyilangkan tangannya dan keningnya diangkat sebelah. Terserlah wajah tampan itu dengan senyuman sinis yang diberi.

" Victor dekat mana? " Tanya Aalya

Amsyar menjeling. Ingatkan apa tadi namun nama lelaki itu juga yang disebut dan ditanya.

' Aku dekat depan mata ni tak nak pula dia beria. Dengan Vic bukan main dia terkejar-kejar. ' kata Amsyar di dalam hatinya

" Ada dalam bilik guru. Dia tak ada kelas. " Jawab Amsyar berbasa-basi

Alya menepuk-nepuk tangannya lalu kakinya terus diangkat menuju ke bilik guru yang terletak di tingkat dua.

nazrin amsyar : his another half ꒰ H ꒱Where stories live. Discover now