Aalya tidak mahu memaksa mahupun memanjangkan cerita. Apa yang diberitahu oleh Farhan sudah cukup. Selebihnya, biarlah dia yang berurusan dengan Amsyar sendiri.

" Disebabkan Naz tak nak pilih dua-dua pilihan tu, Abi bengang. Dia ungkit semula tentang Naziha. Macam biasa, lepas nama Naziha disebuah, Naz akan terus lemah, tapi dia cuba kuatkan diri dia. Dia minta Abi bersabar and istighfar sambil tu Naz cuba pegang bahu Abi. " Sambungnya

" Kemarahan Abi makin membuak-buak. Apa lagi, dia terus tumbuk Naz. I terus tolak kasar bahu Abi. I dah tak kesah tentang hormat atau tak. I mula tengking Abi sampai Naz yang hilang sabar . Naz cuba leraikan I dengan Abi tapi I tetap bertindak agresif. Naz dah tak dapat nak sabar dengan I. Lepas dia tumbuk muka I baru I diam. "

Aalya hanya mampu menggelengkan kepala. Tak sangka sempat bertumbuk disebabkan hal itu. Ya, dia tidak boleh nak menghakimi apa yang terjadi antara Amsyar, Farhan dan Abi mereka namun setiap apa yang berlaku pasti ada jalan yang terbaik untuk selesaikannya.

" Naz mula rasa bersalah. Sebelum kami beredar, dia ada cakap sesuatu dengan Abi. Perkara ni pun, lebih baik you sendiri tanya Naz. I bagitahu mana yang I rasa I patut bagitahu je. " Kata Farhan sebelum masing-masing berubah diam
























Amsyar hanya diam tatkala mendengar apa yang Aalya ceritakan. Nafasnya dilepaskan berat. Hampir semua Farhan telah beritahu Aalya, cuma tinggal beberapa perkara. Dia kenal akan gadis di depannya itu. Jawapan demi jawapan sudah diberikan namun pasti masih ada baki soalan yang bermain-main di fikirannya. Selagi persoalan masih timbul di fikiran genius itu, sedikit pun dia tidak akan biarkan cerita itu tergantung.

" Saya nak dengar dari mulut awak sendiri. Apa lagi yang tak lengkap dalam situasi tu. " Kata Aalya

Amsyar terdiam. Diia bukan tak mahu memberikan sebarang penjelasan, dia cuma belum bersedia untuk mengheret Aalya dalam masalah kehidupannya yang merumitkan.

“ Janji dengan saya yang awak akan jawab semua soalan. “ Kata Aalya

Amsyar tidak menjawab mahupun mengutarakan kata-kata janji. Dia tahu dia tidak akan mampu. Dia hanya menganggukkan kepalanya sebagai tanda ‘ya’.

“ Siapa Abi? Siapa Ayah? “ Tanya Aalya

Memang Aalya tidak akan lupa. Sejak semalam dia tertanya-tanya, adakah dua insan itu merupakan orang yang berbeza?

“ Dua orang yang berbeza ke? “ Tanya Aalya lagi

Amsyar hanya mampu mendiamkan diri. Sepatah pun tak dijawab.

“ Nazrin Amsyar… “ Panggil Aalya

Pandangan Amsyar mulai redup. Entah mengapa sukar untuk dia bercerita. Terbit rasa bersalah di dalam hati gadis itu. Dia tahu dia tidak sepatutnya menggesak lelaki itu namun, dia ingin tahu. Sebagai langkah berjaga-jaga. Kalaulah peristiwa seperti malam tersebut bakal berulang, sekurang-kurangnya, dia dapat juga sedikit-sebanyak informasi yang perlu diketahui. Bukannya bodoh-bodoh saja.

“ Kalau awak tak nak- “

“ Ya, Abi dan Ayah adalah orang yang berbeza. “ Kata Amsyar

“ Abi tu ayah kandung saya. Ayah dia ayah tiri saya. “ Kata Amsyar

" Masa Umi dan Abi masih bersama. Abi selalu keluar rumah sampaikan masa tu Abi asyik minta duit dekat Umi. Saya bukan nak berlagak tapi Umi ni lebih berduit dari Abi. Umi  tak tahan. Umi ambil keputusan untuk minta cerai. Abi setuju untuk ceraikan Umi namun tak lama, lepas 5 bulan macam tu Abi datang balik, dia nak pinjam duit dari Umi. Namun Umi tak pernah bagi walau satu sen pun. Dia tahu apa tujuan Abi minta dari dia. Abi marah. Melalui cara yang lain, dia selalu nak jumpa dengan saya. Setiap kali dia jumpa dengan saya dia ugut macam-macam. " Kata Amsyar

nazrin amsyar : his another half ꒰ H ꒱Where stories live. Discover now