MS 67

3.2K 145 8
                                    

Petang ini suasana rumah agam Haq benar-benar meriah dengan sambutan harijadi Haq yang ke 56 tahun. Pelbagai hidangan yang di sediakan oleh Puspa dan Najwa hari ini untuk meraikan keluarga terdekat mereka yang di jemput hadir. Puspa yang tidak melihat kelibat suaminya di bawah, terus menaiki tangga menuju ke tingkat atas.

Rumah yang terlalu banyak memberi makna untuk nya. Rumah yang terlalu mewah yang di sediakan oleh suaminya untuk nya dan anak-anak. Sedikit pun mereka tidak pernah merasa kekurangan baik dari segi wang ringgit mahupun kasih sayang. Suaminya terlalu sempurna untuk semua itu.

Daun pintu di tolak perlahan sebelum dia melangkah masuk. Melihat suaminya yang berdiri di hadapan cermin, dia ukir senyum dan menghampiri suaminya. Belakang tubuh suaminya di peluk erat sebelum Haq pusingkan tubuh menghadap ke arah nya.

"Abang ni tak pernah tak handsome, dari dulu sampai sekarang" Kemeja suaminya di perkemaskan.

Haq tergelak kecil mendengar kata-kata isterinya. Pinggang isterinya di peluk erat sebelum dia mengucup dahi isterinya lama.

"Kekal lah menjadi bidadari abang sampai syurga sayang, kau lah wanita terbaik dan terhebat untuk ku yang tidak akan ada penggantinya sampai bila-bila"

Puspa angguk sebelum menyandarkan kepala ke dada suaminya. Degupan jantung suami nya tetap menjadi satu irama yang mampu menenangkan hati nya hingga ke saat ini.

"Terima kasih abang, terima kasih untuk segala-galanya yang telah abang berikan untuk sayang dan anak-anak. Dan tetaplah menjadi syurga sayang sampai bila-bila"

Puspa kemudian mendongak, memandang ke raut tampan suaminya penuh kasih.

"Selamat Hari Lahir abang, semoga Allah melimpahkan kurnia dan rahmat Nya buat abang, semoga abang akan tetap menjadi suami dan ayah yang terbaik untuk keluarga kita" Lantas pipi suaminya di kucup lama.

"Thank you, love.. kerana kekal menjadi pelangi yang mewarnai hidup abang sampai ke saat ini"

Mereka kemudian melangkah turun ke bawah. Semua ahli keluarga sudah sedia menanti di situ. Masing-masing menunjukkan riak gembira.

Carlo terus menghampiri Haq sebelum dia memeluk erat tubuh Haq lama.

"Happy birthday sahabat ku, moga kau terus kuat dan sihat untuk menjadi lelaki yang mampu menjadi nakhoda untuk mengetuai kami belayar. Aku sayang dengan kau Haq, dunia dan akhirat" Entah kenapa merasa sebak pula sekarang ni.

"Thank you sahabat ku. Aku pun doakan kau macam tu juga. Kurang-kurangkan lah perangai tak semenggah kau tu lepas ni" Carlo terus jegil mata sebelum dia melepas tawa kuat di situ.

Eiman yang tersenyum di situ sejak tadi, terus menghampiri daddy nya. Lantas tubuh daddy nya di peluk erat.

"Happy birthday daddy, Eiman doakan semoga daddy dikurniakan kesihatan yang berpanjangan dan kekal menjadi ayah terbaik untuk Eiman dan Eishal sampai bila-bila"

"Thank you my son. I'm so proud because I have a son like you" Haq memegang pipi Eiman, anak lelaki yang terlalu di sayangi nya.

Eiman angguk sebelum dia bersuara.

"Okay, Eiman ada berita gembira nak bagitahu ni" Seketika Eiman mencapai iphone nya sebelum dia menaip sesuatu di situ.

Tidak lama kemudian, semua telefon bimbit yang ada di situ serentak berbunyi tanda ada pesanan yang masuk. Masing-masing serentak membuka telefon masing-masing sebelum semua mereka terkedu selepas melihat apa yang di hantar oleh Eiman tadi.

Haq dan Carlo berpandangan sesama sendiri. Kemudian mereka melihat Eiman dan Rhea bersilih ganti.

"Betul ke ni Eiman, Rhea?" Soal Haq seakan tidak percaya. Berkali-kali dia melihat ke arah gambar yang di hantar oleh Eiman tadi.

My Sweetheart (Complete)Where stories live. Discover now