MS 36

2.4K 117 5
                                    

Eiman melirik penampilan nya di hadapan cermin. Hari ini dia mengenakan kemeja berwarna biru gelap di padankan dengan tali leher berwarna putih. Rambut di sisir kemas sebelum dia menyembur minyak wangi jenama Bleu De Chanel ke tubuh nya. Jam tangan jenama Solvil et Titus berwarna hitam kemudian di lilit di pergelangan tangan kiri. Kot di capai sebelum dia melangkah keluar dari bilik. Untuk pagi ini dia akan ke Nirmala Property Group sebelum dia beralih ke Syarikat Kereta Mewah nya sebelah petang nanti. Begini lah rutin harian nya bila terpaksa menguruskan 2 syarikat sekaligus dalam satu masa. Cuma dia lebih banyak habiskan masa di Syarikat Kereta Mewah nya berbanding Nirmala Property Group kerana di situ sudah ada seorang pembantu yang di lantik oleh daddy nya untuk membantu menguruskan hal berkaitan urusan syarikat.

Eiman menuruni anak tangga sambil menyanyi kecil. Kaki pantas di atur menghala ke arah ruang meja makan. Kelihatan ibu dan daddy nya bersama Eishal sudah berada di situ.

"Morning ibu, daddy.." Pantas pipi ibu nya di cium sebelum dia beralih mencium pipi daddy nya pula. Begitulah dia setiap pagi. Mahu mengambil berkat dan doa dari kedua ibu bapa sebelum dia memulakan apa jua aktiviti harian nya.

"Morning sayang. Extra handsome anak ibu hari ni. Nampak berseri-seri" Puspa tersenyum melihat penampilan Eiman hari ini.

"Eh, bukan hari-hari anak ibu ni handsome ke?" Eiman tersengih sambil mencapai sepotong sandwich di hadapan nya.

"Hmmm ye hari-hari. Tapi hari ni extra" Puspa menuang air kopi susu ke dalam cawan sebelum di tolak ke arah Eiman.

"Eiman nak ke mana dulu pagi ni?" Soal Haq yang sedari tadi hanya memerhati.

"Eiman nak ke NPG dulu pagi ni daddy. Petang nanti baru Eiman ke Syarikat Kereta. Dah lama tak jengok NPG tu"

Haq angguk. Dia sendiri pun dah lama tak menjengok ke Nirmala Property Group. Selagi urusan di situ berjalan dengan lancar, tiada apa yang perlu dia bimbangkan. Lagipun Saiful adalah pembantu yang boleh di harapkan dan di percayai untuk membantu menguruskan segala urusan syarikat.

"Hari ni ada nak melawat Max tak nanti?"

"Inshaallah tengahari nanti Eiman bercadang nak melawat Max daddy. Lagipun family dia dah sampai tempoh hari. Jadi tak la risau sangat"

"Elok lah kalau macam tu. Nanti sampaikan salam daddy pada dia"

Eiman angguk sebelum dia menghirup sehingga habis kopi susu di dalam cawan nya. Dia bingkas berdiri sebelum menghampiri ibu dan daddy nya.

"Eiman pergi dulu ibu, daddy" Tangan ibu dan daddy nya terus di cium sebelum dia bergerak dari situ.

"Hati-hati memandu tu Eiman"

"Okay daddy" 

*****

Rhea berlari-lari kecil menghala ke bangunan hotel di mana Ashraf akan mengadakan peragaan fesyen hari ini. Hari ini pasti akan menjadi hari yang agak sibuk untuk dia kerana peragaan fesyen akan berlangsung pada pagi ini adalah peragaan fesyen yang di kira agak grand juga. 

Setibanya di lobi, dia berhenti seketika di situ sebelum dia membuka butang video iphone nya.

"Good Morning Rhea The Diva followers, how are you today? Hari ni Rhea memang agak sibuk sikit. I am very excited today because our handsome model is having a fashion show for branded clothing today. Nanti kalau free, jangan lupa masuk live Rhea The Diva okay... See you later guys.. muahhhh!!!" Butang kamera terus di matikan.

Video rakaman itu tadi terus saja di muat naik ke akaun instagram nya sebelum dia terus berlari perlahan menghala ke arah ballroom di tingkat 1 hotel. Kelihatan ruang ballroom sudah hingar bingar kerana ramai tetamu jemputan sudah hadir. Wartawan juga agak ramai yang turut terlibat hari ini untuk membuat liputan secara langsung untuk berita masing-masing nanti.

My Sweetheart (Complete)Where stories live. Discover now