MS 11

2.8K 160 39
                                    

Sepanjang perjalanan menuju ke tempat makan, Rhea hanya diam tidak bersuara. Semua penghuni di dalam kereta ini sudah jadi bisu. Hanya bebola mata nya saja yang bergerak-gerak sedari tadi melihat sekeliling dalam kereta mewah ini. Di sebelah nya pula adalah lelaki yang baru saja rasmi menjadi majikan nya tadi. Sesekali wangian yang terbit dari tubuh lelaki itu menyengat hingga ke rongga hidung. Aduh! Rhea kerling dengan ekor mata. Sibuk dengan gajet di tangan saja lelaki itu sejak tadi. Model memang macam tu la kot gaya kehidupan nya.

Rhea lihat pula ke arah Rafiq yang tenang memandu di hadapan. Terasa janggal pulak duduk dalam kereta dengan orang asing ni. Nak mengeluarkan sepatah bunyi pun takut. Dah lah dia ni bukan nya jenis yang reti nak duduk diam. Kalau diam lama-lama macam ni dia rasa macam nyawa nya berada di hujung tanduk saja. Rhea berdehem kecil.

"Err kita nak pergi makan dekat mana ye?" Rhea mahu memecahkan kesunyian dan kejanggalan yang di rasakan sekarang ini. Dia tak boleh la kalau nak diam lama-lama macam ni. Takut dapat tekanan mental pulak nanti.

Ashraf angkat muka. Rafiq pula terus memandang ke arah cermin pandang belakang. Rhea terus diam dan duduk tegak. Kenapa? Salah ke dia bertanya?

"Jangan terlalu banyak bertanya Cik Rhea" Rafiq bersuara.

Aik! Tanya pun tak boleh ke? Dah la tak bercakap, tanya pun tak boleh? Sudah nya Rhea hanya palingkan muka ke tepi tingkap. Lebih baik lah dia melihat pemandangan yang tak  berapa nak indah kat luar tu sebab hanya ada bangunan-bangunan pencakar langit saja yang menghiasai ruang mata.

Ashraf hanya sungging senyum sebelum dia mengalih kembali fokus nya ke skrin telefon bimbit di tangan nya.

Rhea mengeluarkan telefon bimbit nya. Hari ini dia belum selfie lagi la. Dah tak ada orang nak di ajak berbual, lebih baik lah dia buat hal dia sendiri saja. Iphone terus di hala ke arah tingkap dan front camera di buka. Dia mengambil gambar muka nya dengan pelbagai gaya dan mimik muka yang di buat dengan aksi-aski comel. Alamak! Lupa la nak touch up gincu. Patut la nampak pucat aje. Pantas tangan nya menyelongkar beg tangan untuk mengambil gincu. Kamera di buka semula dan di jadikan cermin. Gincu di calit seadanya pada ulas bibir mungil nya yang sudah sedia merah itu.

"You are naturally beautiful, you don't need heavy makeup, you are beautiful just the way you are"

Rhea terus menoleh ke arah Ashraf yang sedang memandang nya. Eh! Bercakap pun. Namun dia  hanya tayang sengih pada lelaki itu.

"Thank you boss

"Kita dah sampai tuan" Rafiq bersuara selepas dia memberhentikan kereta di hadapan sebuah restoran.

Ashraf angguk sebelum dia menyimpan telefon bimbit nya ke dalam poket seluar. 

"Jom pretty lady" Dia mempelawa Rhea yang masih lagi ralit menyentuh skrin telefon bimbit nya.

"Oh, okay..." Rhea terus saja menyimpan telefon bimbit ke dalam beg tangan nya sebelum dia juga turut keluar dari perut kereta.

Dia melihat seketika ke arah restoran di hadapan nya. Hmm memang tempat orang-orang high class makan. Papa dia pun selalu bawa dia dan mama datang makan sini. Mereka bukan golongan high class, tapi Allah bagi mereka rezeki yang mencukupi untuk hidup dalam keadaan yang sedikit senang dan tidak serba kekurangan. Dan dia bersyukur sangat atas rezeki yang Allah bagi. 

Dulu dia pernah nak ajak abang Eiman dating makan kat sini, tapi abang Eiman tu mana pernah mahu nak keluar dengan dia. Last-last dia keluar saja lah dengan papa dia kalau mama nya tak nak ikut sekali.

"Tengok apa lagi tu Rhea? Come" Ashraf menggamit. Sedari tadi Ashraf menunggu Rhea di hadapan pintu masuk restoran itu. Dia geleng kepala perlahan. 

My Sweetheart (Complete)Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz