MS 50

3.3K 145 23
                                    

Berkerut-kerut dahi Rhea duduk di atas mangkuk tandas. Sudah 15 minit dia begitu. Perut dia punya la memulas, tapi tidak pula dia terasa hendak membuang. Apa yang tak kena dengan dia ni? Tiba-tiba saja sakit perut. Tadi pun dia baru je makan sikit. Peluh dingin mula mengalir keluar dari pelipis nya. Badan mula terasa seram sejuk saja sekarang ini. 

Dia menyentuh tengkuk nya perlahan. Terasa panas. Tapi kenapa tubuhnya terasa menggigil kesejukan? Dia meramas-ramas tangan nya. Berusaha menghasilkan haba. Namun semakin lama, dia merasakan tubuh nya semakin mengeluarkan satu perasaan yang sangat aneh. Tapi dia tidak tahu perasaan apa. Dada nya terasa panas dan berdebar kencang. Bibir di ketap rapat. Menahan rasa yang semakin menjalar ke ceruk urat saraf. 

Dari duduk dia berdiri. Dia terus saja keluar dari tandas. Entah kenapa dia rasa dia perlukan seseorang ketika ini untuk memeluk tubuh nya. Berkali-kali jari nya naik memicit dahi. Dia berjalan perlahan menghala ke arah sinki. Kedua-dua tangan di tongkat lurus ke birai sinki sebelum dia melihat wajah nya di dalam cermin. Berkerut-kerut dahinya cuba menahan perasaan yang sangat aneh ini.

Pili paip di buka. Sepuas hati dia membasuh muka nya berharap perasaan aneh itu akan hilang. Tapi semakin kuat pula perasaan itu menjalar ke seluruh tubuh nya sekarang ini. Rhea menggosok-gosok lengan nya kasar. Sekarang bulu roma nya terasa meremang pula. Berkali-kali juga tapak tangan nya naik mengusap tengkuk nya. 

Apa kena dengan aku ni? Pandangan nya juga terasa kabur. Semakin tidak jelas apa yang di lihat nya sekarang. Tubuh nya sudah lencun di basahi peluh. Keadaan di dalam tandas juga lengang. Tiada sesiapa pun yang berada di sini. Rhea melilau sekeliling. Dahi nya di picit lagi. Kepala terasa semakin pening. 

Bertongkatkan birai sinki, perlahan-lahan Rhea bergerak menghampiri pintu keluar. Kemudian tapak tangan nya berpegang pada dinding tandas. Jalan nya sudah mula tidak teratur dan terhuyung hayang. Perasaan sensual itu semakin membuak-buak menjalar ke seluruh urat saraf nya sekarang ini. 

Dan ketika berada di muka pintu tandas, terasa tubuh nya di paut oleh seseorang sebelum dia melihat dalam samar-samar kepala nya di tutupi dengan selendang sebelum tubuh nya mula dipapah dan diheret keluar dari situ tanpa sedar iphone nya telah tercicir di laluan tandas.

*******

"Maaf Encik Eiman kalau saya menganggu. Pihak press nak buat interview sikit dengan Encik Eiman boleh?" Soal Wati lagi penuh mengharap. Dalam masa yang sama, dia meniup sesuatu yang tidak nampak dengan mata kasar ke arah Eiman.

"Saya tak boleh" Eiman tidak setuju. Sekejap-sekejap dia menoleh ke arah laluan tandas. Belum lagi kelibat Rhea muncul di situ. 

"Tapi ini penting Encik Eiman. Ada tetamu VIP yang berminat hendak membuat wawancara bersama dengan Encik Eiman. Sekejap je Encik Eiman. Please..."

Eiman tidak menjawab. Dan ketika dia baru hendak menoleh ke belakang, dia terus saja di serbu oleh wartawan yang berada di situ menyebabkan pandangan nya ke arah laluan tandas terhalang. Pendengaran Eiman mula bingit dan terganggu dengan pelbagai soalan yang di ajukan kepada nya sekarang.

Wati lirik senyum selepas dia memandang ke arah laluan tandas itu tadi. 

"Jom kita masuk dalam sekejap Encik Eiman. Kita buat temubual sekejap aje. Lepas tu saya nak bawa Encik Eiman jumpa dengan tetamu VIP tu dekat bilik atas. Kita buat temubual secara tertutup dekat atas nanti"

Melihat Eiman yang tidak menjawab, Wati terus memberi isyarat kepada wartawan yang ada di situ untuk menarik Eiman masuk semula ke dalam ballroom. Eiman tidak dapat menolak bila tubuh nya terus di tarik masuk ke dalam. 

Wati dan wartawan yang ada menyambung semula soalan yang terhenti sebentar tadi. Deringan telefon bimbit dalam beg tangan nya menganggu fokus nya. Lantas dia menjauhkan diri nya dari situ sebelum dia melihat ke arah skrin iphone nya. 

My Sweetheart (Complete)Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora